November 14, 2013

PBS yang menyusahkan lagi menyusahkan

1. Menyusahkan guru
2. Menyusahkan murid
3. Menyusahkan sekolah
4. Menyusahkan anak-anak guru

Kalau nak meniru sistem luar negara yg dikatakan bagus, tengoklah dulu bagaimana tahap kelajuan internet di Malaysia, bagaimana tahap pendidikan sedia ada murid-murid semasa di sekolah rendah sebelum masuk ke sekolah menengah, lihatlah beban kerja cikgu yang telah sedia ada, lihatlah gaji cikgu di Malaysia, lihatlah beban masa bekerja, lihatlah!! Bukalah mata wahai pak2 menteri wahai pak2 makcik2 penggubal dasar yang 'bijak,cerdik'.

Sistem yg selalu hang. Ibu-ibu yang bergelar guru, bapa-bapa yang bergelar guru terpaksa bangun pagi.. bersengkang mata hendak memasukkan markah ke dalam sistem pbs online. Bukan guru-guru membenci pbs bukan kerana tidak suka mengajar walhal itu sememangnya tanggungjawab insan bergelar pendidik! Bukan kerana mereka tidak sanggup berkorban masa dan tenaga! Jangan hanya sedap mulut cakap guru-guru yang tak menyokong pbs adalah guru yang malas.

Guru-guru inilah yang bekerja lebihan masa tanpa ada bayaran OT per hour. Duduk di bilik guru menanda kertas, membawa balik folio-folio PEKA ke rumah untuk ditandatangan setiap satu muka surat, memberi markah yg sewajarnya, memasukkan markah ke borang PEKA, memasukkan borang ke setiap file murid-murid, masukkan markah online etc. Yang membuat kelas tambahan petang, malam mahupun hujung minggu tanpa sesen bayaran pun. Yang lebih banyak memperuntukkan masa utk sekolah, untuk murid-murid, untuk mendidik generasi bakal pemimpin masa depan negara berbanding masa yang diperuntukkan untuk keluarganya sendiri. Berbanding masa utk anak-anaknya sendiri.

Justeru, adakah adil merampas secoit masa yang tinggal berbaki utk keluarga, utk anak-anak mereka dgn sistem pbs yang entah ke mana hala tujunya? Bayangkan jika seorang guru mengajar 5 kelas. Setiap kelas ntara 35-40 orang. Setiap minggu ada sahaja soalan pbs yang harus ditanda, masukkan markah online. Diberi penilaian band, eviden etc.

Itu tidak dilihat lagi pada soalan sains pbs peperiksaan tingkatan 2 baru-baru ini yang kesemuanya menjurus kepada KBKK yg melampau. Mungkin tujuan ujian utk melihat sejauh mana keupayaan murid2 tetapi jika itulah format pmr (atau whateva nama barunya nanti) pada tahun 2014 kelak, malanglah batch tersebut kerana menjadi mangsa. Sedangkan orang dewasa mahu menjawab harus berhenti sejenak berfikir mendalam. Ditanya tentang genetik, klon, dolly the sheep, peratusan kacukan, plimsoll line on ships berkaita dgn density etc.. Seingat saya ketika tingkatan 2, saya tak akan mampu menjawab soalan2 itu semuanya dgn baik. Mungkin saya tidak bijak.

Tetapi apa yang ditanya tidak begitu selari dgn apa yang dipelajari atau lebih tepat bagaimana kaedah sistem pembelajaran topik tersebut di dalam kelas. Kaedah di kelas lebih banyak teori yg diajar secara plain saja. Bukan salah cikgu tetapi mmg sebegitu sukatan pelajarannya. Jika ingin diubah, buku teks juga perlulah lebih berupaya mencungkil pemikiran kritis, lebih banyak info.Mungkin juga kaedah mengajar justeru guru-guru pun perlu diberi kursus, taklimat etc sebelum mempraktikkan pbs ni secara menyeluruh.  Anda tidak boleh expect murid-murid balik sekolah," oh hari ini belajar tentang genetik sikit (ilmu genetik setakat level pmr ada terpikir ke nak google cari extra info?, apa nak google pun dia tak tau), so nk carilah apa2 new breakthrough tentang genetik". Ada ke? Bukan semua murid-murid ada internet di rumah ye.

Sistem peperiksaan terbaru ini utk subjek sains, matematik semua beraras tinggi. Masaklah dan kasihanlah pelajar tingkatan 3 tahun hadapan. Spertimana yang dikatakan di atas, sukatan pelajaran semasa tidak selari dengan kehendak dan format peperiksaan. Mereka yg bakal menjadi pelajar tingkatan3 tahun 2014 baru mengikut sistem pbs dari tingkatan 2 (tengah2 jalan). Macam mana nak jawab soalan yg semua aras tinggi jika sukatan, buku teks, kaedah yg sedia ada tidak dapat melahirkan pelajar yg mampu menjawab soalan sebegitu? Soalan sains akan berformat ke arah berbentuk eksperimen sedangkan di sekolah, budak2 eksperimen pun cikai2 je dan tak kompleks. Malahan ada yg cikgu je yang buatkan eksperimen dan pelajar2 hanya observe. Dalam dunia persaingan yang semakin sengit dalam sistem pendidikan kini, para pelajar semakin tertekan dan stress utk mendapatkan straight A's. Salah siapa? Ini menjadi satu mentaliti zaman kini.

Adakah adil mereka mahu dinilai dgn format peperiksaan sebegini sedangkan mereka tidak dibekalkan dan diberikan persediaan yg cukup? Ini menggadaikan masa depan anak2, pelajar2! Jika benar mahu mengadaptasi sistem ini bukan sekarang tetapi nanti setelah semua aspek dikaji dan murid sememangnya dari awal sudah didedahkan dgn gaya pembelajaran dan sukatan pelajaran yang sesuai dgn format peperiksaan!

Alang-alang mahu ditiru sistem luar negara, mengapa hanya sistem pendidikan tidak sistem pentadbiran, sistem pengangkutan awam dan sebagainyakan...

April 17, 2013

urus & miliki



Beza org yg menguruskan dan org yg memiliki.


Saya bendahari kelas.

Saya tolong belikan barang-barang utk kelas. 

*************************

Saya ada RM50 dapat dari tolong jual kuih kat pasar malam.

Lepas tu, saya belikan barang utk rumah. 



March 7, 2013

Spring break ! Horray!

2 minggu spring break dah bermula.. Tapi tak pergi mana-mana pun. Sebenarnya banyak sangat entri terperam. Sama ada tiada mood nak habiskan tulis, malas, sibuk atau kesemuanya.

Sebab terasa lapang sikit dah start cuti. So here's a video I made for my friend's birthday.




It's been almost 2 years since we left KYUEM. But, the memories, laughter and fun we had there never fade away. =) 

January 29, 2013

Allah is always there for you

I always knew that. But had forgotten that sometimes.

I felt distant from Allah. I feel empty inside.

I felt ashamed of what I've done.

But there were times when something happened that made me realized that Allah is always there, so close but yet I am the one who keep the distance.

"And We have already created man and know what his soul whispers to him, and We are closer to him than his jugular vein"
50;16

Alhamdulillah, I passed my exams. Couldn't do it without His help.





January 21, 2013

You lose something, you gain something



Semester kedua tahun dua bermula hari ini. Perasaan? Bercampur baur.

Sedih, suka, berdebar, lesu, bosan, semangat

Musafir winter kali ini:

Dublin - Birmingham - London - Cairo - Alexandria - Tanta

Banyak perkara berlaku, banyak juga benda baru kita belajar, jumpa ramai kawan lama.

  • Stuck lebih kurang 30 minit dan gaduh sikit dgn pakcik pakcik Turkish Airlines dekat check in desk
  • Berkenalan dgn makcik comel dalam bas yg penuh kasih sayang dan menghadiahkan peluk cium at least 6 kali 
  • Berkenalan dgn makcik Turki Catholic yg cool, otai gila. Tapi bila tanya kenapa orang Islam pusing pusing keliling kotak hitam sambil menyanyi, aku tergagap nak jawab. Dushhh, malu aku. 


Balik Dublin rasa sepi balik.

Macam mana penat pun perjuangan yg satu ni kena diteruskan.






A song about Egypt Revolution 

Sedap lagu nih, turn on captions for english translation 
Meaning pun best