April 1, 2012

Palestin, Syria & Malaysia

Baru-baru ini, ada talk tentang Palestin.

Sebenarnya, talk Palestin ada 2 kali. Yg pertama bagaimana Palestin boleh jadi macam sekarang ini. Apa rentetan peristiwa yg berlaku menyebabkan penaklukan, penjajahan Palestin hingga dinamakan sebagai negara Israel kini. Yg mana aku tak pergi pun. Hehe. Tapi ada member yg baik hati telah sudi bercerita secara ringkas kat aku. Talk kedua di Malaysian Hall disampaikan brader yg baru balik dari Palestin awal tahun ni. Maka beliau menceritakan keadaan saudara kita di sana. 

Ada sebahagian yg masih tinggal dalam kawasan yg ditandakan sbg israel dlm peta. Penempatan di Semenanjung Gaza tu sangat tinggi dalam kawasan yg sangat kecil. Approximately 40 km saja. Dan mereka dikepung dgn tembok tinggi dan satu side lagi menghadap laut. Nelayan hanya dibenarkan sampai 2 km saja dari pesisiran pantai. Kalau lebih, tembak je. Begitu juga dgn di sebalik tembok tu sentiasa ada tentera, senjata yg menunggu. Satu2 jalan masuk yg dibenarkan adalah dari mesir iaitu laluan Rafah. Itu pun hanya dibuka ikut suka hati dia je. Dalam 10 ke 4 petang kot (approx). Dan yg mengawalnya mereka2 ni juga. Seolah nak masuk malaysia tapi yg kawal singapura. Contoh je. 

Selain sumbangan makanan, Malaysia turut beri sumbangan dalam bentuk modal. Disebabkan mereka terputus dari sebarang bantuan, tak boleh keluar, nak masuk pun susah. Maka tiada kerja. Kerajaan yg diketuai PM Palestin, Ismail Haniyeh yg menang dalam pilihanraya tak diiktiraf Israel. Sebab beliau dari Hamas. Tapi beliau jalankan juga tugas sbg PM di dalam Gaza. Kerajaan pun tiada wang nak uruskan kebajikan, dan sbgnya. 


Anak saudara/ anak kawan brader tadi yg masih sekolah rendah menabung baki duit belanja sekolahnya utk disumbangkan kpd saudara di Palestin. Dia malu nak bagi kerana katanya, duit tu sikit saja tak mampu utk tolong sangat. Kerana jumlahnya hanya rm18 sedang mereka perlukan lebih banyak dari itu. Cerita brader tu lahhhh. Jadi, apa sumbangan kita yg dah besar panjang ni?


Modal disumbangkan Malaysia antaranya utk kilang roti, bina lab engineering, sekolah-sekolah, hospital. Brader tu kata mereka pergi melawat sebuah tahfiz yg dikendalikan oleh para muslimat. Dan rasa amazed sebab wanita yg menguruskan tahfiz tu mampu cakap english dgn fluent. Setiap bulan, beribu tahfiz dilahirkan di Gaza. Gempak tak? Angka tu gua tak ingatlah exactly.

Bermakna di sini.. kesusahan, kemiskinan bukan penghalang utk kita study, dapatkan ilmu pengetahuan. Utk menaikkan satu tamadun, ilmu dunia + akhirat = tamadun jadi awesome. Dan wanita juga mampu beri sumbangan pd masyarakat. Tiada halangan kalau wanita nak belajar tinggi-tinggi ( kalau lepas tu masuk dapur pun apa pulak salahnya ).

Lab utk kejuruteraan telah siap dibina tapi Israel hancurkan. Sekarang mereka sedang berusaha nak bina semula buat ke sekian kalinya. Israel takut LEttewww kalau Palestin ada kemampuan dan facilities nak invent senjata, mesin2 utk tingkatkan taraf hidup/ekonomi mereka. Selain Malaysia, Turki adalah yg banyak memberi sumbangan dgn jumlah yg lebih besar. 

Israel sentiasa mengawasi Gaza dari udara dgn pesawat yg dikawal dari jauh yg membawa bom. Dan sering bom tu saja je dijatuhkan atau pesawat tu "habis bateri" lalu jatuh dgn bom sekali. Suka hati dia je. Nyawa mereka sentiasa di hujung tanduk, boleh mati pada bila-bila masa saja. Menurut brader tu, kanak-kanak Palestin sangat berakhlak mulia. Ketika agih2kan barang mainan, mereka takdenya nak berebut-rebut walaupun mereka once in year pun susah nak dapat. Seorang budak lelaki ini diberikan stuffed toy rabbit ke apa entah tapi yg tak sesuailah dgn naluri budak lelaki. Maka dia tunggu sampai semua budak, semua line beratur tu dah habis baru dia datang ke kaunter minta jika possible boleh tak dia nak tukar dgn stuffed toy harimau. Punyalah baikkan?

************

Hari Jumaat 30 Mac, diadakan flashmob Syria di Dublin. It was a new experience for me to get involved in this kind of thing. Tengah bersiap-siap tu, seorang pakcik tua datang menghampiri kami. 

"This kind of thing you are doing right now is not worth in my country"

Hehs. Lantak kaulah pakcik. Ikut hati nak cakap je, 

"So do you think a person who killed women,kids, innocent people just because he want to remain in power is worth to live? And same goes to his supporters and ignorant people like you".

LOLOL. Kurang ajar pulakkan. Haha. 

Tapi yg membuat aku terharu adalah bagaimana Islam itu mampu menyatupadukan kita walaupun kita berlainan bangsa & negara serta masih wujud non muslim, mat salleh yg menunjukkan sokongan terhadap kita. Of course, dia sokong atas dasar human rights. Sekurangnya dia masih tidak buta mati hati dan bersikap terbuka tanpa diskriminasi terhadap muslim. 

Pada hari dan tempat yg sama ada kempen against Israel. 
Tak rasa awesome ke bila tengok ada matsalleh buka booth promote boikot Israel, campaign dan sebagainya? 

Tak rasa awesome ke bila muslim lain-lain bangsa sama-sama takbir?

Awesome..

Btw, kalau  tetiba nampak gambar aku pegang banner syria jangan terkejut pula. (LOL). Patut pakai purdah doh.

************

Ada orang mungkin tertanya-tanya apa faedahnya korang susah buat flashmob, protest, sign petition, berhimpun, berarak segala macam utk Palestin, Syria semua ni? 

"Korang sumbang doa, bagi donation dahlah. Ni bukan budaya kita. Takde faedah, buat sesak jalan, ganggu orang lalu lalang je. Sedang Islam sendiri menyuruh kita buang perkara yg mengganggu tengah jalan dapat pahala lagi".

Pertama, movie melayu cintan cintun, ombak rindu, rempit whateva tu budaya kita ke? Sama ada yg ditayangkan tu budaya kita ke? Atau memang budaya kita dahagakan dan kehausan movie cinta yg tak sedikit dah mula memasukkan 'aksi ranjang'? Dari mana serap budaya begitu? 

Adakah tiap2 hari ada saja himpunan menyesakkan jalan? 

Tentang apa yg disumbangkan sekurangnya kita mampu bagitahu masyarakat apa sedang berlaku di sana. Dan contoh spt global march to Jerusalem. Sekurangnya masyarakat di sana tahu kita ada, kita bersama, kita menyokong mereka. Tunjukkan perpaduan. Tak banyak yg kita mampu buat. Brader kata, pembukaan laluan ke Gaza dari Rafah itu pun kerana tekanan dunia terhadap mereka. Jadi macam mana nak tunjukkan ramai tak setuju, macam mana nak pengaruhi, inform orang lain? Antaranya dgn cara ini. Jika dunia tak kisah, jika kita tak kisah, jika kita senyap, apa yg akan berlaku?

Dan jangan lupa selitkan dalam doa kita utk mereka setiap hari. Di Palestin, setiap kali mereka berpisah, mereka akan berkata,berdoa...

"Semoga satu hari nanti kita dapat solat di dalam masjid al aqsa"

Doa itu senjata mukmin. 

Kesenangan hidup dan hiburan boleh melalaikan. Di Malaysia, kesusahan hidup kita tidaklah sehingga sampai pada sentiasa dalam ketakutan kerana nyawa diancam penjajah, tiada makanan dan sbgnya. Ya bersyukur tetapi bukan bermakna kita hanya pejam mata terhadap sebarang salah guna, penyelewengan sesiapa saja pemimpin dgn alasan kita cukup makan, cukup minum, aman maka bersyukurlah.

Di Malaysia, akidah & akhlak kita yg terancam. Saban hari, berita kurang mengenakkan keluar. Sama ada buang bayi, rogol, zina, bunuh, murtad, melacur, rempit, rompak atau culik. 

Adakah disebabkan kita aman kerana tiada penjajahan? Begitu? 

Adakah jika kita dijajah baru kita mencari tuhan dan agama semula? Perlu ke?

Kenapa agaknya? 

Apa yg perlu dirombak, dibaik pulih, diwujudkan di negara kita agar penyakit ini boleh dirawat?

Atau kita sebenarnya menunggu kejatuhan?

********

Peace!!!