March 20, 2012

Penyesalan

Pernah atau tidak melakukan sesuatu yg buat diri rasa menyesal?
Rasa jika diberi peluang utk mengundur masa kita akan balik semula pada ketika itu utk membetulkan sesuatu
Spt tidak mahu melakukan sesuatu
Atau membuat pilihan yg lebih baik

Diri ini banyak benar melakukan salah silap hingga ke hari ini
Mungkin kita pernah mengambil sesuatu tanpa izin tuannya
Ketika usia di sekolah rendah pinjam pensel, pemadam tak pulang2
Curi, ambil sikit makanan kawan
Dan ada lagi barang2 yg kita tidak ingat siapa pemiliknya
Ingin dipulangkan, dibayar, minta dihalalkan sudah tak tahu siapa
Mana ingin dicari orangnya juga mustahil

Lalu bagaimana?
Sesama manusia sukar ditemui penyelesaiannya
Makanya sebelum tidurmu halalkanlah
Pinjaman, hutang, yg kau ingat atau tidak oleh sahabat,saudaramu
(mana tahu, esok dah tak bangun2 dari tidur - just in case kan kan)
(kalau ada umur lagi, esoknya kutiplah hutang2 tu)
(tulis macam ni, terus hilang ke'formal'an entri berpuitis entah apa2 aku ni)

Kesilapan lalu yg pernah dilakukan
Yg memalukan
Aadakah seluruh umat manusia akan tahu
Bila dipampangkan di muka pengadilan kelak
Serasa hati mahu ditampar dan disorok muka
Tapi tak tahu ke mana
Berbisik dalam hati, alangkah baiknya jika aku dulu begini, begini...

Orang beranggapan aku begini begini
Sedang hakikatnya diri ini terlalu hina
Mungkin lebih rendah lagi dari yg lainnya
Lumpur palitan dosa lalu
Menghantui diri
Sedang dosa yg kini semakin hari semakin terbeban
Hingga semput nafas mahu membawanya

Difikir-fikir, aku temui jalan buntu
Berhari kemudian, aku lupa tentang sesalanku
Lalu ku ulangi lagi
Bebanan dosaku kian sarat
Dan aku kembali meratapi nasib, merayu mohon diampuni
Menjadi malu dan takut kembali mengenang silap lalu yg tak dapat kuundur lagi

Betapa bagusnya jika masa kecil aku taat
Betapa bagusnya bila aku remaja aku solehah
Tapi jika hanya tinggal jika
Aku tak punya mesin masa
Kau, mereka, semua tak punya upaya kembali ke masa lalu

Daripada Anas bin Malik r.a berkata, dia mendengar  Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:

"Wahai anak adam, selagi kau meminta & berharap kpdKu maka Aku mengampuni segala dosamu yg telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya.
Wahai anak adam, jika dosamu setinggi langit lalu kau minta ampun kpdKu nescaya Kuampuni.
Wahai anak adam, jika kau datang padaKu dgn kesalahan seluas permukaan Bumi lalu kau menemuiKu tanpa menyekutukan sesuatu pun dgnKu, nescaya Aku datang padamu dgn ampunan seluas bumi pula."

(Riwayat al-Tirmizi no 3534 & al-Baghawi dlm Syarhus Sunnah)


*Btw, aku tengok match malaysia VS ireland dlm hockey qualifying tournament for olympics. Ah, tahulah tak segempak tengok badminton. Tapi nak kecoh gak. Buat kat UCD tuuuhh..

March 2, 2012

You can't really called yourself overseas student if..

u haven't try a new recipe at all... 


Latest and the most awesome one! hehe
Taemin buat! Cheesecake

3 biji kek sehari selepas tamat mid term exam!

Mi kari?

Mee ladna?

Mee hailam?

Masak kurma?

Nasi goreng paprik?

Masak lemak cili api?

Mi goreng kot?

Sambal ala2 rendang?

Masak kari?

Sambal ikan bilis!

Nasi lemak?

Muffin?

Mungkin dessert?

Main campur je semua yg ada
Nasi ayam, lontong etc..
Banyak tak terupload dan tertangkap.. 
Actually, dari last sem semua ni.
Gembira sebab cuti spring 2 minggu nak bermula!
Tapi senior 3rd year PMC dah nak balik... 
Utk Mid term, 2 paper dah habis!

*Takde idea nak update blog..