February 6, 2012

Jika umur panjang, saya akan sampai Malaysia...

Salam. Dgn penuh kesyukurannya, saya selaku pemilik tiket penerbangan pulang ke Malaysia ingin mengisytiharkan saya akan tiba di KLIA pada 21 Mei 2012 jika diizinkan Allah. Sila tandakan tarikh penting ini dalam planner anda jika anda ingin menjemput saya di KLIA kelak. Dan akan berangkat pulang semula ke Dublin pada tarikh yg bersamaan harijadi saya ke 21 tahun. Sob sob dah 2 kali tak dapat celebrate birthday kat rumah.

*So wang dalam simpanan sekarang memang pokai. Cukuplah utk hidup tapi ngam ngam je kot.

Dan malang sekali kerana nombor fon Malaysiaku yg 0162***5**3 itu sudah mati berikutan keterlewatan ayahanda tercinta men'topup'kannya. Berkemungkinan besar akan beli nombor baru je kot nanti. Apa-apa hal akan ku khabarkan. Maklumlah, balik nanti haruslah jadi sibuk ingin ke sana sini.

Minggu ni, kurang produktif. Banyak kerja tertangguh. Banyak juga topik tak habis covered lagi. Sedang mencari sumber ilham dan inspirasi. Hoho. Moga dapat cepat mencari mood dan semangat membara utk study. Semangat sentiasa ada cuma kadar ke'bara'an tu yg harus dibakar lagi.

Dan akhir kata, puisi bermadah tah apa-apa tahap cikai dari penulis...

Dalam proses mendewasakan diri, kita berjumpa pelbagai masalah
Sebahagiannya mungkin hanya segelintir orang yg pernah merasai

Kita buat silap, kita menyesal.
Tapi selalu kita buat lagi.
Kadangkala kita salahkan orang
Bila yg benar-benar salah dari awal sekali adalah diri kita.
Kerana dlm sesetengah hal, kita sendiri yg membuka pintu pd permasalahan itu datang

Bila amarah melanda
Seringkali kita hilang kawalan
Tambahan bila ada yg ditahan-tahan sebelumnya
Sabar itu susah sekali

Menegur orang itu perlu
Tapi lihat juga pada caranya
Tidak perlu pada pemilihan kata yg tidak wajar
Kata-kata itu lebih tajam dari pedang
Kerana kesannya pada hati

Matlamat tak menghalalkan cara
Cara salah tetap salah
Yg tidak boleh tetap tidak boleh
Diri kita tidak sempurna
Tiada apa salahnya mengakui kesalahan

Memberi alasan dan sebab itu berbeza
Dan jangan mempergunakan seseorang utk kepentingan diri sendiri
Apabila dipersoalkan sesuatu, kita punyai alasan
Tetapi bila kita mempersoalkan orang lain
Meskipun alasan yg mereka berikan sama
Kita katakan mereka tidak patut berbuat demikian
Sedang bila tiba giliran kita, kita sering saja memberi alasan yg sama
Orang bertanya mengapa, kita persetankan
Malahan dimarahi pula
Begitu, kita hanya mementingkan kehendak dn kepentingan diri

Memandang diri sendiri lebih baik, bijak dari lain
Sehingga merasakan tak layak seseorang memberi teguran
Kerana kita punyai beberapa kelebihan
Tidak membuat kita lebih baik
Sukar sebenarnya menerima kritikan bukan
Jangan ubah diri sendiri semata-mata orang lain
Ubah sikap diri kerana kita mahu jadi lebih baik
Kerana kita tahu sikap itu salah

Jika ada FB
Tak mahu publickan gambar
Ku terima keputusanmu seadanya
Tetapi apa kejadahnya info dirimu semua blank
Jantinamu lelaki/perempuan/shemale/transgender semua ku tak tahu
Namamu seakan-akan artis korea
Tetapi bila ku lihat wall mu, kau tulis bahasa melayu
Kadangkala namamu entah apa-apa
Nama merepek yg melampaui batas-batas norma manusia

Kemudian, diriku di add mau jadi teman FB mu
Apa jadahnya mau ku approve orang yg langsung ku tak kenali?
Mutual friends mu pun kau tak mau tunjukkan padaku
Kalau mutual friends sekadar 2 orang je
Tak perlulah mu menggatal nak tambahku sebagai kenalanmu
Dan kemudian post kat wall "hey, thanks accept fren"

Bukanku ingin kau letakkan info sampai nombor fon dan alamat rumah
Cukup sekadar sekolah/kolej/uni ditambah negeri kalau rajin
Entah apa yg ku merapu
Ku pun tak tau sedang jam dah hampir pukul 6 pagi
Lalu, ku beredar ingin makan dulu
Bye. salam.

*********************
Pstt.. UK dah senow tebal merata-rata. Dublin tak mau senow ke? =(

February 5, 2012

Show Your LOVE for your MOM...

before its too late
Kadang-kadang, orang bertanya....

Asal balik awal sangat? Kan cuti lama. Kenapa tak pergi bercuti ke situ, sini, situ, sini, situ, sini... ? Sementara ada peluang, wang dan jarak yg lebih dekat.

Oh, tahun pertama pun nak balik rumah? Homesick ye....

Next year macam mana, balik jugak?

Best tak belajar di luar negara? Mesti bestkan.

**********************
Pernah menangis nak balik rumah ketika Tingkatan 1 di sekolah menengah kebangsaan agama sharifah rodziah. Hehs, padahal kat Melaka je pun. Stress mula-mula masuk duduk asrama. Nangis senyap-senyap cover bagus punya. Dan itu yg terakhir kalinya menangis sebab homesick.Tak menangis tak bermakna tak rindu. Dah biasa berjauhan. Alah bisa tegal biasa gitu dong.

Sering jauh membuatkan kita lebih menghargai masa yg ada apabila di rumah bersama family. Tak keterlaluan rasanya kalau saya kata total masa di sekolah/kolej/uni mungkin berlipat ganda lebih banyak dari di rumah. Yg mana rasanya ramai di kalangan kita pun begitu juga.

Jadi, apabila punya peluang, wang, masa utk pulang.. haruslah pulang. Usia ibu bapa semakin meningkat manakala badan semakin lemah. Kemudian, habis study, anda nak berkahwin? Tinggal ibu bapa di rumah lebih-lebih lagi jika perempuan. Bukanlah bermakna perkahwinan itu merenggangkan hubungan dgn ibu bapa. Tapi, jujur bukan anda tidak punya banyak masa lagi bersama mereka kerana punyai komitmen dan tanggungjawab lain.

Apatah lagi jika anda anak sulung terasa satu beban, mungkin beban perkataan kurang sesuai, anda rasa lebih punya banyak tanggungjawab, harapan dan seolah-olah orang yg bertanggungjawab utk keluarga sekiranya berlaku sesuatu.

Mula-mula anda tiba di luar negara utk study anda akan rasa excited. Lama kelamaan, takde apa yg nak dieksaitedkan. Yg pasti hampir setiap hari, anda belajar benda baru. "Benda baru" ini bukan  ilmu medik tapi ilmu kemahiran hidup. Wallaweh, mcm subjek KH kat sekolah tu. Lebih kuranglah tu.

Sekurang-kurangnya di Malaysia, korang boleh pergi melepak dgn gang ikut suka hati. Pergi duduk kat KFC makan-makan. Beriadah dgn bebas, piknik dgn riang gembira dan cuaca panas yg selesa. Di sini, lebih terhad.
Orang terhad, cuaca terhad, tempat makan terhad, aktiviti terhad, bla bla.. Paling penting boleh tengok dan jaga mak ayah selalu. Kadangkala di sini hati rasa bimbang tiba-tiba terhadap mereka yg di rumah. Ni bukan tak bersyukur ya. Pointnya kedua-dua study dalam negara atau luar punya kelebihan, kekurangan.

Ilmu memasak. Nescaya ilmu ini akan meningkat dgn sgt pantasnya. Teringin nak makan lontong, buat sendiri. Teringin nak makan mee ladna, mee hailam, mee kari buat sendiri. Rasa nak mencuba pelbagai resepi. Yg lelaki pun sangat hebat memasak. Jadi, perempuan/lelaki yg belajar di overseas ni biasanya tahu memasak. Hehe. Ni pandangan secara umum je. Kang tetiba tak puas hati pula sebab jumpa ada orang yg study overseas tak tau masak.

Ilmu mengadaptasi diri dgn orang yg pelik-pelik, tak ngam, minat yg sgt bertentangan sbg cthnya, bertolak ansur, belajar atasi rasa sunyi bla bla bla. Basically, lebih tahu macam mana nak survive dan terus maju hidup di tempat orang berlainan bangsa, agama di negara asing. Di sesetengah uni, bilangan malaysian sgt sedikit, lagilah mencabar.

Peluang berjalan-jalan? Ada sesetengah tempat je yg menarik minat. Yg tak minat tak mau pergi kecuali dapat ticket free. Haa. Pergi melihat keindahan pemandangan, seni bangunan mereka yg terkenal di seluruh dunia, tempat yg punya nilai sejarah bla bla bla... sebab biasalah ni nak pergi melancong.

Btw, surat MARA penyata pinjaman dah sampai. Utk setahun punya perbelanjaan. Dah hampir jejak RM50,000. Gulp..

Tu baru RM50,000. Dengar cerita, kena bayar 20%. RM250,000 tu. Gulp..

Jadi, Belajarlah bersungguh-sungguh.. K bye.

Balik pada topik utama tadi (pergh jauh melencong), seringlah bertanya khabar, 'menskaip' family di rumah. Mungkin tak biasa cakap i love u mak, tapi tunjukkan dari perbuatan. =)