January 20, 2012

The Day Has Come ~ the glory of baking moist choc cake is MINE!

I don't usually like to put a long post title like this one. But, because i don't want u give response like, "Pftt..i thought it was kind of glory over something big", so that's why i put it this way. This is quite a useless entry.

I just wanna shared the glorious, proud and momentarily happy moments in my life when i successfully made a delicious and superb and awesome moist choc cake. What? Don't believe me? Try ask my housemates. HEHE. Then, again.. i feel like reading a very girly type of blog when i read again what i wrote here.

If u have read the sad story of me baking a total failed cheesecake before this, then probably u can understand these sense of victory. And actually this is the third time trying.. . HOOO.. Believe me, u have to work hard and never give up.

Immediately. after this glory. I even gave my ummi a text message, telling her about this. Ummi said, Congrats..can't wait to taste it. Oyeahh. Actually, i asked her for the recipe. Don't worry, i'll cook at home as frequent as i can until i get bored. (maybe that's only just a week?)


My first expression when pulled the tray out of oven

When I tasted the cake..

When my brain has finally analysed the texture, taste of the cake


It even has choc topping . Hoo..
(This whole post seriously sounds like a brag)
Ohh. I got my SEM 1 result. Not excellent but not bad. This semester is gonna be hard with all those modules .
Picture sumber ihsan google.

January 17, 2012

I am not a Terrorist

Cool isn't it?
Poster di kepala katil. Ho. Well supposedly, this is not how democracy should works. So, don't worry. I am not an extremist.

That's just how it works in real life.. don't u think so? Hehe.. 

January 11, 2012

I am Bored

Hiding something?
I draw it, but i don't create it..
Kira macam tiru sahaja berdasarkan graphik. Dr DevianArt. =)

And.. and.. I totally love this song. I can listen it the whole night continuously. Feel joy but at the same time, soothing. Hee~


Amazing.. isn't it?

Okay,bye.

WARGH.. EKSAITED!!


TAK PERNAH KU UPDATE BLOG 2 KALI SEHARI.

TAPI.. TAPI.. TAPI.. INI BERITA BESAQQ!!

....BESAR...

...................

............

..........

.........

......

...


IMPIAN MENJADI KENYATAAN! *FAINT*
DAEBAK!


January 9, 2012

Haha..Opss. Tersasul

Dulu, ada orang tu sebelum keluar keputusan mahkamah dah kata si polan tu bersalah
Siap bagi macam-macam gelaran lagi
Padahal dia dituduh
Sedang dibicarakan
Belum diketahui bersalah atau tidak 

Maklumlah kalau baca berita yg tuuuuuu jeeee
Memang jumpa banyak benda
Sperm la opss. 
Penat je orang tu tak basuh bo*t*t
Utk jadi bukti
Walaupun lepas tu kena pergi solat Jumaat
Maklumlah, perkara ni darurat.
Haha. epic! 
Jadi lawak sepanjang zaman

Bila dah keluar keputusan mahkamah
Ada orang tu kata, 
Arghh... bodoh. Si polan tu mmg begitu
Bukan nak cakap apalahkan, 
Tapi satu masa dulu masa si polan didapati bersalah,
kau kata, 'bodoh punya orang, kau ingat hakim mahkamah tu tak masuk uni belajar'
Sekarang, adakah nak kata si polan sudah beli hakim?
Tak pun, itu bukti badan khakiman bersih bukan?
Haha.. 

Tapi apa pun, 
Tiada satu apa pun yg bukan bawah kawalan 'dia' di negara tu
Dan hanya Allah yg Maha Adil,
Mungkinkah kerana takut gelombang reformasi ke 2
Mungkinkah takut lebih ramai hamba akan beralih arah
Mungkinkah benar2 sudah bersih dr tangan2 belakang?
Yg pasti si polan tidak akan dibiarkan bersenang lenang

Ternanti-nanti apakah rencana seterusnya......

January 5, 2012

Mengaitkan 2 perkara yg kurang berkaitan

Adakah anda pening mendengar tajuk sedemikian rupa?

Hari ini, acap kali kita dengar perbalahan, perselisihan faham yg menggunakan perkara yg tidak berkaitan utk menegakkan sesuatu perkara yg lain. Contohnya:

"Tak payah nak sibuk-sibuk jaga tepi kain orang. Dia dah berjaya mempunyai bisnes billion2, dah mengharumkan nama Malaysia sbg usahawan muda berjaya di peringkat antarabangsa, Kau hado? Tak payah nak kecoh tegur orang lain, baik kita majukan diri sendiri."

" Kau sibuk-sibuk tegur orang, macamlah diri kau bagus sangat. Anak bini kau menjadi sgt ke?"

"Cermin diri sendiri dululah bro kalau nak tegur orang"

"Dia pun dulu belajarlah agama. Skor lagi. Apa korang ingat dia tak tahu apa hukumnya?"

"Kita ni siapa nak tegur orang berilmu? Kita ni siapa nak tegur dia, dia tu lagi bijak etc"

Alah, senang ceritakan korang dah boleh expect reaksi orang Malaysia macam mana khususnya yg bergelar Melayu Islam ni. Satu group akan melenting tak tentu hala spt orang kurang waras dgn bahasa indah. Satu group akan memberi komen membackup dgn ayat serupa. Satu group akan memberi teguran dgn ayat baik. Satu group akan menyindir orang yg menegur/membackup dgn ayat sarkastik. Satu group akan hanya berdiam.

Aku jarang memberi komen. Dan berdiam.

Tetapi, ada sesetengah perkara yg sgt aku tidak persetujui.

Jika seorang penagih dadah memberi nasihat kpd anda janganlah menagih dadah. Dia menceritakan betapa peritnya, derita hidup dan kepayahan utk meninggalkan tabiat negatif itu adakah anda rasa dia tidak layak memberi nasihat?

Jika seorag pelacur memberi nasihat jauhilah kancah perzinaan. Aku sudah terperangkap dan susah mencari jalan keluarnya dari lorong gelap ini. Adakah korang rasa dia hanya seorang pelacur yg tak punya maruah apatah lagi layak memberi nasihat?

Orang yg memberi nasihat ya, perlunya menunjukkan sikap yg baik. Barulah tidak dikatakan spt ketam mengajar anaknya berjalan dgn betul. Itu juga benar, tidak dapat saya sangkal lagi.

Tetapi, setiap Muslim itu merupakan cermin bagi sahabat Muslimnya. Jika kita lihat dia melakukan kesalahan yg sama, kita tegur dia.

Memberi teguran berhikmah? Hehs.. manusia tidak akan berubah secepat kilat. Makanya perlu ada inisiatif dari orang berdekatan spt sahabat rapat, ahli keluarga sendiri dalam usaha menegurnya. Orang lain boleh mendoakannya.

Dia seorang yg lebih berilmu tetapi dia melakukan kesalahan yg nyata yg orang kurang ilmunya juga tahu. Maka, apakah menjadi satu kesalahan si kurang ilmu memberi tahu kesalahannya?

Ya, dia juga mengetahui hukum berpuasa itu wajib, apa balasan orang yg meninggalkannya. Tetapi, dia menghiraukannya. Apakah boleh diambil kira alasan 'dia pun tahu jugak la apa yg kita tahu, entah2 lagi banyak yg dia tahu'. Itu mungkin kerana kurang penghayatan bukan?

Dia seorang genius, SO? Dia mendapat pengajian AlQuran, hafaz seumpamanya, dia belajar syariah di Jordan, Mesir contohnya. Jadi, adakah tiada chances utk dia beralih arah? Walaupun setipis mana peluangnya, setiap dari kita ada. Dia berjaya dalam bisnesnya, pelajarannya. SO?

Adakah itu menjadikan kita yg kurang kaya, kurang terkenal, kurang genius tidak layak memberi teguran?

Adakah kita hanya tutup sebelah mata melihat sahabat kita, keluarga kita terjerumus? Sedangkan kita hendak sama-sama meniti ke syurga. Sikap individualistik bukanlah satu sifat dalam membina ummah yg kuat. Sama-sama melangkah ke depan, sama-sama maju.

Jangan mengaitkan perkara yg tidak berkaitan. Suka benar mengalih topik kpd subjek lain.

Bersederhana pun penting juga.

January 4, 2012

Erna ~ Ngaaaaa..

◕ ‿‿ ◕ SELAMAT HARI JADI CHALEMATE TERCHENTA! ◕ ‿‿ ◕

ngaaaaaaaa

ngeeeeee

lalala~ 

=.= 

(T___T)

:')

-.- 

(╥﹏╥)


٩(●̮̮̃•̃)۶

yeayy! 21 years old already!

Sanah helwah ya ukhtee

Sunbaenim, saengil chukha hamnida!


January 2, 2012

PUISI 2011 - Akademi Al Fateh

1. Siapa dan bagaimana ibu bapa kita berperanan besar dalam mencorakkan diri kita.
2. Kepentingan sistem pendidikan yg baik agar dapat menguasai kedua-dua bidang duniawi dan ukhrawi tanpa mengabaikan mana-mana.
3. Golongan muda adalah tulang belakang atau penggerak dalam memperjuangkan Islam.

Ibu bapa yg berkefahaman tentang Islam akan sedaya upaya memberikan pendidikan agama dan tidak akan sesekali mengabaikan bidang sains, ilmu hisab, kemahiran komunikasi, memimpin. Jika diambil contoh pelajar perubatan yg ke luar negara atas biasiswa, mereka telah melaksanakan fardhu kifayah (mendalami ilmu perubatan) tetapi once mereka telah terpilih dan sedang dalam proses, maka hukumnya bukan lagi menjadi fardhu kifayah tetapi fadhu ain. Dengan ini, dapat melahirkan generasi muda Islam yg berkemampuan memimpin kerana hanya berbekalkan ilmu agama semata-mata tanpa mempunyai kemahiran dan ilmu lain tidak akan berjaya. Sultan Murad telah berusaha memberikan pendidikan yg terbaik buat anaknya, Al Fateh dgn memanggil guru-guru yg terbaik dalam bidang agama, geografi, astronomi, bahasa dan lain-lain. Al Fateh juga menguasai pelbagai bahasa, menghafaz AlQuran sebelum berusia 8 tahun.

Persoalannya adakah dgn sistem pendidikan yg wujud di negara kita sekarang dapat melahirkan generasi AlFateh atau generasi professional yg hafaz Quran, yg punyai semangat perjuangan Islam? Sudah jelas agak terlambat bagi kita utk menjadi sehebat itu, sekurang-kurangnyanya "jadilah jambatan kpd melahirkan generasi AlFateh pada masa akan datang". Bagaimana? Dgn mengubah sistem pendidikan itu sudah pasti. Oleh itu perlunya di sini golongan muda yg berkemampuan utk melontarkan idea-idea bernas, yg mampu ke hadapan memberi kritikan membina, menjadi pemimpin, merangka satu sistem pendidikan yg 'tidak sekular' dan yg utama wujudnya KERJASAMA antara satu sama lain utk melaksanakannya. Kebanyakan yg hafaz Quran bermula ketika mereka masih kecil dan selepas itu barulah dihantar belajar ilmu sains dan sbgnya. Mungkin kerana pada usia muda, hati masih bersih, ingatan kuat maka mudah menghafal. Bukankah lebih bermakna ilmu e.g astronomi, biologi yg dipelajari apabila dapat dikaitkan dgn kandungan Quran dalam proses pembelajaran tersebut? Barulah terbit rasa kagum, rendah diri dgn kebesaran Tuhan dan lebih bersemangat utk menimba ilmu keranaNYA.

Dan saya percaya kemusnahan akhlak generasi muda sekarang berkait rapat dgn sistem pendidikan. Bagaimana mampu mempraktikkan jika hanya belajar kerana mahu mendapat keputusan straight A dalam peperiksaan? Mengapa apa yg dipelajari tidak membekas di dalam hati? Faktor lain mungkin kurangnya kesepaduan (ayat hancur) antara sistem pendidikan di sekolah dan di rumah. Dihantar belajar di sekolah sains agama tetapi di rumah, lain pula nilai yg ditunjukkan keluarga. Atau boleh berlaku sebaliknya.

4. Siapa guru kita turut berperanan besar dalam membina daya pemikiran kita.
5.  Apabila kita mencapai satu kejayaan maka ingatlah kita hanya hamba Allah. Bersyukur kpd Allah dan merendah diri, jangan bersikap riak.

Sheikh akh syamsudin merupakan salah seorang guru AlFateh dan beliau sangat berperanan besar dalam mempengaruhi keputusan alFateh, memberi semangat di kala hampir putus asa, memperingatkan alFateh di waktu kejayaannya,'walaupun hari ni kau telah mencapai kejayaan yg besar, biarlah aku menjadi satu-satunya yg memperingatkan kau bahawa kau hanyalah hamba Allah SWT'. Begitulah COOLnya beliau. Hoho. Sheikh syamsudin bukan sekadar menjadi guru spiritual tetapi juga mengajar beliau bahasa (if tak silap), senang cerita multitalented. Pointnya di sini adalah, "mari memprofessionalkan ulama dan mengulamakan professional". Baru gempak. 

6. Pembinaan IQ, EQ dan SQ yg mantap sejak dari kecil lagi
7. Kekuatan mental, semangat jihad, keyakinan yg sgt tinggi dgn pertolongan Allah (EQ,SQ) mengatasi kepenatan, kesakitan yg terpaksa dilalui dalam perjuangan.
8. Belajar dari kesilapan kita dan orang-orang yg terdahulu dan kaji bagaimana kita boleh mengatasi dan mempunyai strategi yg lebih baik.
9. Semangat dan keazaman yg sangat berkobar-kobar demi merealisasikan cita-cita
10. Pemimpin harus tahu membakar semangat ahli pasukannya.
11. Usaha dan kerja keras ke arah mencapai cita-cita
12. Usaha sahaja tidak memadai jika tidak disertai dgn ilmu pengetahuan yg luas tentang teknik, halangan, cara untuk mencapainya

IQ, EQ dan SQ perlu ada ketiga-tiganya. Jika salah satu goyah, maka itulah yg menjadi kepincangan. Sebanyak 12 kali percubaan membebaskan Constantinople oleh orang Islam tetapi mengapakah gagal? Kerana strategi peperangan, ilmu tentang kelemahan dan kelebihan musuh itu kurang. AlFateh dan tenteranya tahu ketebalan, ketinggian benteng Constantinople, kawasan yg lemah bentengnya malahan turut tahu tentang isu perpecahan antara penduduk Constantinople dan raja Byzantine. Rasa EQ dan SQ ni agak berkait rapat. Maksudnya, kecekalan mengharungi peperangan tu (EQ) didorong oleh SQ yg mantap. Mereka sgt percaya dgn janji Allah akan mati syahid dan keazaman utk merealisasikan hadis Nabi SAW. Kerana jika aku mati sekali pun, aku bukan mati sia-sia, malahan dijamin syurga. So, apa nak takut. Begitulah... 

Jika kita lihat dari perspektif zaman moden ini, masyarakat Barat senangnya omputeh dilihat mempunyai taraf hidup yg tinggi, lebih bijak, lebih terkehadapan dalam bidang teknologi, sains etc. Tetapi, adakah mereka bahagia dalam erti kata sebenar? Mengapa kelihatannya mereka masih tercari-cari sumber kebahagiaan, keseronokan dgn enjoy di bar, arak, seks bebas? Dan yg tampak berputus asa utk hidup mengambil jalan mudah dgn membunuh diri. Atau kita lihat kebanyakan golongan artis yg punyai kemewahan, paras rupa menarik tetapi hidup sentiasa bergolak. Di sini impak tiadanya elemen SQ. 

13. Pendedahan, penerapan dan pengukuhan awal tentang misi/cita-cita
14. Misi yg sgt jelas dan berupaya menvisualisedkannya. 

Sultan Murad menampal peta Constantinople, memanggil Muhammad dgn gelaran Alfateh & memberitahu satu hari nanti, kau yg akan menawan Constantinople. Saya pernah terbaca (maafkan jika tidak tepat), ibu alFateh akan membawa anaknya ketika masih kecil keluar dari istana dan pergi ke satu tebing di mana tebing itu menghadap ke arah Constantinople. Ibunya berkata, "Wahai anakku, di sana terdapat kota Constantinople. Rasulullah SAW pernah bersabda Constantinople akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. Ketahuilah, bahawalah kaulah orangnya". Walaupun Nabi SAW tak pernah memaksudkan hadis tersebut secara jelas siapakah yg dimaksudkan sebaik-baik raja & tentera itu tetapi ia utk memotivasikan AlFateh. Apa yg sgt penting di sini adalah AlFateh ada satu mindset, "aku akan menawan kota Constantinople".

So? Tampal misi anda besar-besar di tempat yg boleh nampak dgn mudah dan bacalah setiap hari dgn bersemangat. Cer baca buku motivasi, program motivasi atau rahsia kejayaan orang-orang besar, antaranya adalah mempunyai misi jelas, visualisedkan. Korang bayangkan, saat-saat berjaya di hari graduasi, anda memakai jubah gradua beserta topi yg berjuntai-juntai tepi tu, di tangan ada sijil 1st class honour, di samping anda ada ibu bapa yg tersenyum gembira. Contohlah. Bayangkan sedetail mungkin.

15. Pemimpin perlu turun padang bersama-sama orang bawahannya untuk bekerja bukan sekadar memberi arahan
16. Nabi Muhammad SAW adalah contoh pemimpin terbaik.

Pemimpin bekerja bersama rakyat dan utk rakyat. Cewah, macam slogan Pak Lah pun ada. Semasa peperangan Ahzab, Nabi SAW menggali parit bersama-sama para sahabat dan turut sama menahan lapar. Alfateh turut terlibat malah orang yg memulakannya semasa pembinaan benteng Rumeli Hisari. Pemimpin bukan sekadar memberi arahan. Atau tunjuk muka membantu rakyat semasa ada kepentingan tertentu. Wajar dianggap itu tanggungjawab, hak rakyat dan bukannya diniatkan sbg langkah utk mengambil sokongan rakyat di masa dekat-dekat pilihanraya misalnya.

Menjadikan orang yg sepatutnya jadi idola sbg idola dan bukan sebaliknya. Contoh bercita-cita hendak menjadi pemain bola sepak gempak, mestilah idolanya pemain bola sepak yg paling hebat. Malangnya, segelintir menjadikan artis sbg role model. Mungkin ada yg begitu tetapi tidak menyedarinya. Contohnya apabila artis ini mencetuskan kontroversi dgn tiba-tiba membuka tudung, ramai orang yg mengutuk, mengatakan kecewa dgn sikap yg ditunjukkan, suka kerana dahulunya dia memakai tudung, artis spt ini sepatutnya menjadi contoh kpd anak muda bla bla. Ayat mudah aku adalah, kau bengap buat artis jadi role model apasal? Kalau setakat minat sebab dia cun bolehlah, tapi tak perlu nak mengeluarkan komen kecewa kerana dia adalah role model gadis bertudung.Hellooo?? Sesuka hati kau je kata dia role model gadis bertudung, siapa lantik? Lainlah jika dia sudah bertaubat dan benar-benar menunjukkan perubahan yg baik.

17. Perlunya sentiasa bersedia dgn apa saja kemungkinan,risiko yg ada (ada backup plan)
18.  Berfikir secara kreatif  (think out of the box)
19.  Perkara yg kedengaran mustahil itu boleh dilaksanakan jika kita punyai persediaan yg lengkap dan tak putus asa.
20. Perjuangan itu satu kerja berpasukan bukannya individu justeru kejayaan tentera Islam membebaskan Constantinople adalah kerana sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera.
21. Umat Islam perlu bersatu jika inginkan kemenangan bukannya berbalah tentang perkara-perkara kecil sedang saudara kita ramai yg sedang diseksa dan diperangi.

Armada laut AlFateh tidak berhasil dalam menembusi rantai gergasi besi yg menghalang kemasukan kapal dari arah laut di Golden Horn. Malah, hampir separuh kapal yg hancur. Ditambah dgn serangan dari tentera musuh. AlFateh mempunyai plan lain, iaitu melencongkan kapal yg logiknya belayar di atas laut melalui jalan darat yg berbukit dalam masa satu malam sahaja. Mereka membina landasan ala2 spt laluan utk keretapi dan melincirkan dgn minyak. Mereka menarik kapal laut di atas landasan tersebut. Logiknya, memang orang kata agak mustahil atau senang cite, kerja gila. Tetapi berbekalkan semangat jihad tinggi, mereka berjaya. Kau ingat senang nak tarik kapal?

Merah : Rantai besi yg menghalang
Kuning : Jalan darat yg dilalui utk melencongkan kapal
Sumber: google
Kebanyakan idea yg difikirkan sbg mustahil mencetuskan impak yg luar biasa. Dahulukala, adakah manusia berfikir possible utk manusia terbang di langit? Adakah possible utk kita berutus surat melalui email atau rangkaian network kini? Kita berfikir pelaksanaan hudud impossible? Negara Islam tidak akan tercapai di Malaysia? Yg impossible ini dicapai melalui usaha yg sangat luar biasa dan halangan yg besar. Memerlukan kerja berpasukan, beramai-ramai bukannya berseorangan. Bagaimana possible jika sebahagian besar masih bertelagah isu kerelevanan hukum tersebut di Malaysia, yg bergelar Islam tidak menunjukkan sokongan? Bukankah molek jika kita umat Islam tanpa mengira bangsa di Malaysia sama-sama berusaha ke arah menegakkan syiar Islam? Mengapa kita boleh bersatu sbg Melayu tetapi tidak sbg Islam, Muslim?

22. Kuatkan Islam dari dalam instead of bergosip dan kecoh tentang plot yahudi. illuminati dalam diam utk memusnahkan islam.
23. Menimbulkan ketakutan merupakan salah satu strategi peperangan yg baik.

Tentera AlFateh mempunyai keimanan yg power. Mereka tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh, mereka memberi salam apabila berjumpa, berpuasa. Dgn mempunyai meriam besar, bunyi explosion, gendang yg dimainkan utk memberi semangat kpd tentera Islam, laungan takbir dan solat berjemaah di hadapan kota tersebut berjaya menimbulkan ketakutan pd tentera Byzantine dan penduduknya. Beratus ribu berzikir sama-sama, tak ke bergema tu.

Sedang umat Islam sibuk menuding jari kpd Barat atas penularan budaya negatif, tetapi tidak pula kelihatan usaha mencambahkan akhlak Islam. Malahan, semakin banyak pula drama, movie Ombak Rindu (ops) rancangan TV, konsert di Malaysia. Pelik bukan. Bagaimana usaha  menyedarkan kita ke arah kebaikan tetapi dalam masa yg sama anasir buruk terus berkembang subur. Sesungguhnya perkara ini tidak akan mampu diubah melainkan pimpinan yg punya kuasa pemerintahan mula menghampiri Islam. Musuh Islam sememangnya sentiasa punya cara dan rancangan utk memusnahkan umat Islam. Sekadar hanya cakap-cakap kosong dan cemas tentang rancangan dan simbol illuminati, apa yg kita dapat? Ia boleh juga sbg satu usaha utk menakut-nakutkan umat Islam, melarikan tumpuan kita dari mengukuhkan Islam & mengatasi masalah ummah. Utk memiliki benteng pertahanan diri yg ampuh, islam perlu dikuatkan dari dalam. Maka apa pun cabarannya selepas itu boleh diatasi.

24. Ulama bukan hanya sekadar menjadi guru agama, berada di masjid, mengajar ilmu agama semata-mata.
25. Ulama berperanan besar dalam bidang politik, pendidikan dan pentadbiran negara khususnya dalam memberi nasihat, sebagai rujukan kepada pimpinan sesebuah negara. Wajarlah penasihat kpd pemimpin adalah seorang ulama.
26. Ulama harus berpegang teguh kepada prinsip, hukum hakam dalam agama Islam. Menegur pimpinan yg menyimpang dari ajaran Islam agar berubah. 
27. Maka adalah satu kenyataan yg SALAH bahawa ulama tidak layak melibatkan diri dalam pentadbiran, politik sesebuah negara.

Pernah seorang berkata di hadapan saya, "ulama tu bertopengkan syaitan je. Bukan baik mana". Kenyataan itu dikeluarkan atas dasar berlainan fahaman politik. Sekiranya ustaz itu di pihak yg bertentangan sekali pun, dia tetap lebih berilmu dari orang biasa-biasa macam saya ni. Dan sekiranya dia mengeluarkan pandangan yg ternyata salah memang wajar dibetulkan dan dikritik. Tetapi tidak sampai memberi gelaran spt itu. Memberi sokongan guna akal dipandu agama bukan dipandu emosi. Hehs.

28. Rakyat wajib taat pada pemerintah Islam yg adil, yg taat pada Allah dan RasulNya.

Kejayaan besar dicapai AlFateh dan tenteranya antaranya kerana ketaatan tenteranya kpd pemerintah. Mereka taat pada arahan AlFateh. Makanya negara yg kuat adalah apabila rakyat bersatu di bawah pimpinan  mereka yg taat pada perintah Allah, pada agama Islam. Jika pemimpin berbuat kemungkaran, rakyat akan berpecah kesannya kerana sebahagian yg mempunyai kepentingan akan terus menyokong, sebahagian yg lain mahukan pimpinan baru. Tidak timbul masalah besar sekiranya si pemimpin tadi menyedari kesalahannya lalu berundur, yg menjadi masalah adalah apabila mereka tetap tamakkan kuasa. Spt kebangkitan yg berlaku di negara-negara lain. Entah mengapa di sesetengah negara bukan Islam, apabila pimpinan mereka dikantoikan dgn korupsi, mereka dgn kadar segera meletakkan jawatan dan mengakui kesalahan atau membuat permohonan maaf terbuka.

29. Kerajaan yg kuat perlu ada kewangan yg kukuh.
30. Kelemahan pimpinan Islam terjadi apabila mereka lari dari ajaran Islam dan disebabkan itu mereka jatuh dan tidak dihormati oleh rakyat.

31. Tunjukkan agama Islam ini agama yg menuntut penganutnya bertoleransi, menghormati kepercayaan lain dan memberi kebebasan mereka mengamalkannya.

Ketika pembukaan kota Makkah, Nabi Muhammad SAW memberi kebebasan dan jaminan keamanan kpd penduduk Makkah. Begitu juga Sultan AlFateh memberi kebebasan beragama kpd penduduk Constantinople. Mereka menunjukkan akhlak yg baik kpd yg bukan Islam.

Bagaimana dgn kita pada hari ini? Adakah kita menunjukkan contoh yg baik? Rasanya orang Melayu cepat melatah dgn mencarut-carut bila sesuatu berlaku spt kes tukar gender atau murtad tanpa berusaha sungguh-sungguh mencari sebab ia berlaku dan usaha mengelakkannya berlaku lagi di masa depan.

32. Tidak salah jika kita belajar dan ambil nilai yg baik, kesungguhan mereka dari orang bukan Islam yg berjaya sekalipun dia orang yg memusuhi Islam.

AlFateh mempelajari ilmu, teknik peperangan Rome. AlFateh juga menggunakan khidmat jurutera Hungary, Urban utk mencipta meriam.

33. Umat Islam pernah melalui zaman kegemilangan dan tidak mustahil jika ia berulang lagi. Allah mengangkat satu kaum itu apabila mereka memuliakan Islam tetapi apabila mereka mula meninggalkan Islam maka Allah hina, jatuhkan kaum tersebut.

34. Sejarah itu pentingnya bukan dari segi mengingat angka, tarikh, jumlah. Tetapi apa pengajarannya, bagaimana kita kaitkan dgn perkara yg berlaku dalam dunia kini. Sejarah itu berulang.

PS: Maaf jika ada point berulang, membosankan atau panjang lebar. Sumber adalah dari slot bersama Ustaz Syaari, LDK, borak-borak bersama ahli kumpulan dan pendapat peribadi sedikit. Maka, yg kurang tepat itu adalah dari kelemahan saya sendiri.