January 7, 2011

Orang Sekarang

Ulama dihina
Artis dipuja

Hormati ulama dikata memuja
Obses dgn artis tak apa pula

Ulama menegur, melenting tak tentu hala
Itu pun tak boleh? Kolot gila

Artis kesayangan ditegur, pun melenting juga
Katanya semua orang tak sempurna
Jgnla dihina, dia pun manusia

Pendapat ulama dipandang sebelah mata
Pendapat artis lagi berkualiti rupanya

Kalau tak tahu wat cara tak tahu
Jgn memandai nak tuduh ulama bertopeng hantu
Sedangkan diri sendiri yg macam tu

"Ulama" yg tak ori pun ada juga
Benda haram dikata oh tak apa
Maklumlah, akhir zaman semua ada

January 4, 2011

ERNA!

Hoi yaa.. Hari ini harijadi chalemate tchenta (yeww) saya iaitu Erna Firdzalina Mazlan. Percaya atau tak, rasanya ini first time kot aku wish birthday beliau. Sebab aku memang tak alertlah pasal birthday orang ni. Ehe..

Sebagai pertukaran utk tidak mahu membazirkan duit membeli hadiah utk beliau, yg mungkin nanti hanya jadi hiasan berhabuk atau dicernakan dalam usus maka jadi "faeces" saja, maka saya mencoretkan satu entri khas utk mengucapkan SELAMAT HARIJADI KE 20 TAHUN kpd beliau.


Memandangkan beliau memang macam tak sedar diri sikit dah berusia 20 tahun dgn memberi alasan beliau baru berusia 19 tahun 12 bulan. Marilah kita sedarkan beliau di sini dgn menulis:

1 tahun   =  12 bulan
19 tahun 12 bulan = 19 tahun + 1 tahun
                            = 20 tahun

Mungkin beliau akan tidak berpuas hati dan mempunyai banyak lagi hujah utk tetap menegaskan usia beliau 19 tahun lagi kerana beliau merupakan seorang bakal aktuari yg berusia 20 tahun.
Walaupun beliau mempunyai ketinggian yg amatlah berbeza dgn chalemate bilik sebelah beliau yg baik hati tu, tetapi beliau sebenarnya lebih tua. TUA!

Semoga beliau lebih matang, berjaya, sihat dan tabah dalam menghadapi hari-hari yg mendatang.

Salam sayang,
Ummu..


(ko geli tak aku jadi penyayang dan lemah lembut??)

January 2, 2011

Wanita Suka Merendah Diri

Orang perempuan di sebalik kegemaran mereka menunjukkan kecantikan dan kesopanan diri, mereka juga golongan yg suka merendah diri. Well, semua orang suka tampil cantik, sopan, bersihkan. Tak salahla tu. Hanya bergantung kpd sejauh mana degree "penunjukan" tersebut.

Anggap ini adalah gambar seorang gadis remaja comel, molek, cantik, menarik ditangkap dari angle dekat dari sudut atas, kenyit mata ke.. apa-apa jelah.
comel gila budak ni
A : Waaahh.. comelnyew die..
B : Eh.. mana ada. Biasa-biasa je.
     Nway, thanks..

A : Subhanallah.. indahnya ciptaan Ilahi.
B : Alhamdulillah.. ehehe

A : ouh.. cantiknya mata dia.Boleh buat tak tidur malam kalau renung ni
B : alah.. yela tu. 

A : nak pinjam lesung pipi tu boleh tak?
B : Eh..tak adalah. mata silap pandang kot

A : putih melepak la dia ni
B : tak adala, flash camera je tu.

A : ada ciri-ciri wanita muslimah yg saya cari ni (kalau gambar yg bertudungla)
B : yela tu.. haha

A : nice la pic ni
B : yeke.. pic ni je yg lawa, orangnya tak

A : kurusnya dia sekarang.Kata hari tu, gemuk.
B : Mana ada, ini gambar dari jauh. Gambar tipu gila, padahal gemuk

A : Isy, kurus dah kau sekarang
B : Mana adalah, kau lagi kurus

Haha.. just for fun je tulis. Apa pandangan anda? 
Mestilah kita kena merendah diri bila orang puji. Aku tak kata merendah diri bila dipuji itu salah. Nanti orang kata berlagak pula.

Cuma kadang-kadang & for some situations, rasa macam kelakar. 
Utk SESETENGAH keadaan (keadaan yg macam mana, korang fikirlah sendiri. Aku tak kata macam di atas), aku rasa orang yg memuji dan ayat yg digunakan utk memuji , kedua-duanya sangat lame atau macam "HA? entah apa-apa je". Apa tujuan kau sebenarnya?

Pujian yg diberikan sebenarnya satu dugaan utk kita. Pujian boleh buat kita lalai. Tapi pujian juga penting utk bagi galakan, semangat pada seseorang. Right?

Okay, memang banyak benda yg aku rasa kelakar, lame tapi orang lain tak rasa macam tu.
Sukahatila, kisah apa aku.
>_<

January 1, 2011

2011

Okay. Sekarang memang sedang berserabut sedikit. Sebab macam biasalah, nak kena study plus interview pula..bla, bla. bla.. Tu pasal entri last hari itu pun tak sempat nak habiskan. Tiba-tiba rasa nak tulis pasal lain pula.


So. hari ini 1 Januari 2011. Masa aku kecil-kecil dulu..
Masa darjah 1, aku terasa yg mustahil aku akan sempat nak habis sekolah rendah sebab aku fikir dunia dah nak kiamat. Aku terasa yg nak sampai UPSR tu adalah jangka masa yg sangat panjang

Masa aku masuk Tingkatan 1, aku rasa yg mustahil juga aku sempat nak habiskan tingkatan 5 sebab aku rasa dunia nak kiamat. Haha.. sengal gila. Tambah-tambah pula masa tu, (tak ingat exactly tahun apa, ada drama bersiri Indonesia ~ Kiamat Sudah Dekat). Serius la, cerita ini best. Pasal seorang rockers la jatuh cinta dgn anak seorang imam kalau tak silap. So, dia lepas tu mendalami ilmu agama dan macam-macam la. BEST. aha..

Dan sebenarnya sampai sekarang aku rasa dunia nak kiamat. Tak caya? Tengoklah apa jadi tiap-tiap kali sambutan New Year di zaman modenisasi yg dilanda arus globalisasi, konsertisasi, mabukisasi, rogolisasi dan zinalasasi. Okay, maaf aku sudah membuat pencemaran bahasa.

Sebenarnya aku tak faham apa benda yg kita nak sambut pasal NEW YEAR ni? Sumpah gua tak faham. Bagi aku, tahun baru adalah tahun barulah. Macam biasa saja, macam pertambahan, pertukaran tarikh. Contoh macam hari ini 5 September (yakni harijadi aku), esok pula 6 September. See, tarikh tu bertambah la.  Contohla. aku tau hari ni bukan 5 September.

Okayla, maybe kita rasa macam tahun baru, azam baru. Alright2, boleh diterima. Tapi sebenarnya setiap hari kita bangun dgn azam. Macam aku (macam bagus je), tiap-tiap hari bangun dgn azam. Azam basi aku ialah spt nak habiskan chapter ini, chapter itu, tak nak tidur petang dan sebagainya. Yg kadang-kadang saja tercapai.

Yg tak fahamnya, apalah sangat nak sambut besar-besaran. Bakar bunga api segala, menghabiskan duit berjuta-juta and berbillion-billion ringgit sebab nak sambut new year dan buat konsert. Ada bagusnya saya kira jika diberikan peruntukan lebih utk orang-orang yg memerlukan sebab dah tahun baru ni biasanya ibu bapa perlukan banyak wang nak bayar itu ini. Setakat yg dapat bantuan sikit-sikit tu kan bagus kalau boleh ditambahkan lagi.

Bagi bonus berkali ganda ke, bantuan kewangan, sekolah tak payah bayar yuran beratus-ratus. Bagi orang yg berpendapatan sederhana, anak sampai tujuh orang bersekolah, tak garu kepala bapa kau nak bayar yuran beb? Dari bayar artis buat show, bagi 'mereka' tu berkumpul sebab nak sambut new year, terkinja-kinja macam gila, mabuk-mabuk baik bagi rakyat yg memerlukan ek. Oho.. tak salahkan sesiapa.. Haha..
>_<