December 28, 2011

Bercuti sebentar & baru 3% mengenai Puisi yg Osem

Selepas selesai berPUISI dan dicurahkan dgn pebagai ilmu yg sgt bermakna dan meresap jauh ke dalam jiwa, saya bersama retis Norain Ishak atau nama glamour beliau Rain sedang bercuti di Manchester ditemani tourist guide kami, Pikang. Yeahh..

Disebabkan kesuntukan masa, tak tahu mana nak mula, kebanjiran maklumat/ilmu/fakta yg diperolehi dari PUISI, terlalu banyak yg ingin diperkatakan beserta sikap agak malas maka saya terpaksa menangguhkan coretan PUISI saya. Insyaallah, selepas habis trip percutian di Manchester, akan diupdate tentang PUISI. Dan Insyaallah, apa yg telah saya perolehi dari PUISI itu akan diupdate dgn penuh kesungguhan, ketelitian dan analisa yg perlu, aplikasinya dalam kehidupan kita sbg seorang pelajar, orang muda, mahasiswa, muslim, ahli masyarakat dan rakyat Malaysia, sumbangan kita kepada agama dan negara.

Bak kata Ustaz Shaari, kebanyakan kita boleh saja membaca pelbagai buku tentang kisah perjuangan AlFateh yg wujud di pasaran tetapi, bagaimanakah kita boleh mengaitkan, mempraktikkan cara pemikiran, sikap kepimpinan dan semangat yg ditunjukkan AlFateh dalam dunia moden kini. Adakah kita mampu menjadikan diri kita sbg salah seorang perintis generasi AlFateh? Adakah kita mampu bergelar generasi AlFateh? Atau kita sebenarnya sudah agak terlewat dalam membina IQ, EQ dan SQ sehebat AlFateh kerana sistem pendidikan yg kita lalui memisahkan agama dari akademik? Atau kita wajar menjadi "jambatan" kpd membentuk satu sistem pendidikan yg mampu melahirkan generasi AlFateh di masa akan datang? Mengapa generasi muda sekarang kian lalai? Bagaimana peranan kita dalam mendaulatkan Islam? Manakah lebih efisien, bekerja berseorangan atau dalam satu kumpulan? Adakah perlunya melibatkan ulama dalam keputusan yg melibatkan dasar, undang-undang mahu pun pentadbiran negara? Adakah ulama sebenarnya mampu mentadbir negara? Atau ulama hanya dalam soal agama, solat, doa sahaja?

Ya.. nantikan ulasannya (bajet retis habis).HAHA. Poyos gila aku bagi banyak-banyak soalan macam ni kan. Sorry der, tengah hari ni nak pergi jalan bersama pikang dan rain. Chiao.

December 20, 2011

Berakhir Sem 1

Salam. Hati ini sangat lega kerana the last 2 papers tadi telah berjaya diharungi dgn tabahnya iaitu Psychology and Physiology. Cepat terasa masa berlalu. Serasa hati ini masih lagi baru tiba di bumi Dublin. Dan aku percaya perasaan yg sama bakal berulang apabila menjelang tahun seterusnya.

Perasaan takut juga seringkali mencengkam jiwa. Bukan takut kerana gagal dalam exam. Tetapi takut berlaku sesuatu yg tak diingini khususnya kpd keluarga yg jauh di Malaysia. Bukan aku tidak biasa berjauhan tetapi kali ini benar terasa kejauhan itu. Alangkah beruntungnya aku rasakan saat-saat di masa bersama ummi, ayah dan adik-adikku. Serasa separuh dari usiaku kini dihabiskan berjauhan dari keluarga demi pendidikan. Ya bahkan lebih dari separuh.

Beruntunglah jika anda tidak dapat melayakkan diri ke sekolah berasrama penuh. Beruntung juga jika anda tidak dapat melayakkan diri ke institut pengajian luar negara. Kerana setiap apa yg berlaku itu punya hikmahnya. Bukan di sini bermakna tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran khususnya tetapi percayalah, setiap sesuatu itu pasti ada sebabnya.

Hargailah masa yg ada bersama ibu bapa. Sesungguhnya aku benar terkilan jika apa yg aku berjaya kecapi tidak dapat dikongsi dan ditunjukkan hasilnya pada ibu bapa. Benar, itu bukan satu-satunya cara utk menunjukkan menggembirakan hati mereka, menunjukkan pengorbanan mereka tidak sia-sia. Tetapi, inilah yg terbaik dalam waktu ini yg dapatku lakukan.

Semoga Tuhan melindungi mereka. Bagiku, ini adalah antara cabaran besar.

***********
Tamat sesi feeling2..

This is PUISI 2011 Trailer. PUISI stand for Program Ukhwah Insaniyah Seluruh Ireland. Senang cerita,  ramai-ramai jumpa menimba ilmu sambil have fun.


I wonder if u can feel something after watching this? Rasa mcm teruja, excited, semangat meruap-ruap tak, goosebumps? Rasa macam,

"OOooo yeah.. Islam akan tiba zaman kebangkitan dan kegemilangannya semula!!! Korang tengoklah!"

"Jika benar-benar percaya dgn Allah, inilah hasil umat Islam yg POWER"

"Orang Islam sebenarnya sangat tabah dan sanggup menggadaikan nyawa demi memperjuangkan agama Allah"

"Sepatutnya kita pun sekurangnya ada semangat utk memperkukuhkan Islam kalau tak mampu berjuang mati syahid pun"

Susah pula nak tulis apa yg dirasai. 

Btw, aku akan join program yg awesome ini. Hooo. Slogan terkini: MARI BERSAMA BINA GENERASI AL FATEH. 

Pstttt.. generasi sekarang nak panggil generasi apa ya? Generasi panglima garang tak tentu hala? LOL.

December 2, 2011

Aku tau Isu Hudud Takkan Habis

Korang sokong ke tak sokong ke, lu punya hal.

Aku pun cetek je pengetahuan dalam hukum Islam nih.

TAPI.. kalau tak tahu, jangan cakap konfiden je.

Tak usahlah kau percaya apa yg kau tengok dalam movie, kau ingat apa yg ditunjukkan dalam movie tu betul? Movie pun namanya movie. Kebanyakan nak dramatik .

Dalam movie Semerah Padi arahan P Ramlee, ada adegan sula.

Ada juga orang percaya hukuman terhadap penzina adalah dikasi dan disula. Setahu aku di zaman internet berkembang maju nih, dah meluas video, artikel pasal 'Hukuman Sula Tak Wujud dlm Islam'. Btw, hukuman gantung ada ke dalam Islam? TAKDE!

Pancung ada Islam. Analoginya spt teknik penyembelihan haiwan dalam Islam. Pernah baca kot apa hikmah di sebalik teknik penyembelihan Islam? Bila urat kat leher tu putus, maka haiwan tu akan hilang rasa sakit. Yg dia terpening-pening, dan terloncat-loncat (kalau ayamlah) sebab pengeluaran darah bla bla.. Tengok sini, http://ulumcordova.wordpress.com/2007/12/28/korban-sembelih-dan-sains/

Sekali zap saja terus tanggal kepala. Kalau hukum gantung, berapa lama orang tu harus tahan kesakitan, sesak nafas?

Bukan nak cakap apalah bro, tapi sekurang-kurangnya janganlah kau konfiden sangatkan.




Apa Ustaz Azhar Idrus kata.... 

Btw, kira kau lagi sanggup tengok gejala zina berleluasa dari tengok orang dikenakan hukuman sebab berzinalah yep.

Utk penerangan lebih jelas dan panjang lebar tentang hukuman yg diguna pakai kini terhadap penzina, kes buang bayi, peranan hukum Islam dalam menjamin keharmonian negara etc.. Jom baca sini! Menarik. Tentukan adakah hukuman tersebut setimpal?
http://mykhilafah.com/fikratul-ummah/3027-fikratul-ummah-september-2011

Tengok movie ada adegan tak sepatutnya sanggup. Tak mengapa, sikit-sikit je tu. Hampagas sungguh kau ni ya.

*******************
Korang tahu MAX24:7 dan Gula-gula ~ kumpulan M - POP terhangat di masa kini?

Adakah korang rasa pihak penganjur akan terus set up satu tarikh utk depa buat persembahan tanpa buat promosi dulu?

Mestilah buat promosi terlebih dulu, tambahan pula group baru.

Promosi depa berjaya apa, ramai orang tahu kewujudan diaorang. Bukti, cuba google banyak blog memuatkan sekurangnya satu entri tentang kumpulan mereka.

Tapi, promosi tu mengundang banyak reaksi negatif. Sebab apa? Sebab cara mempromosikan tak kena. Kau badan sekeping, muka melayu asli tapi dye rambut perang, baju tak reti butang, sungguh Gay sekali.

Jadi, hasilnya ramai haters dan penentang.

ANALOGI nya di sini.....

Satu kumpulan ingin melaksanakan hudud, buat soal jawab, penjelasan. Malangnya, pihak yg ini tidak mempunyai network dan medium yg meluas. Satu kumpulan lain yg lebih dominan menentang dgn jawapan tidak sesuai, sudah terlambat, tidak akan dipersetujui ramai pihak, kaum lain.

Kau nak perkenalkan benda baru di saat ramai yg tak mengerti, tak faham, berpendapat negatif, kau buat terus tiba-tiba memanglah orang terkezut dan tak terima. Silap-silap rusuhan pula. Tambahan multi racial macam ni, dah disuapkan dgn pendapat-pendapat dari orang beragama Islam sendiri tentang ketidaksuaian, kezaliman, ke apa2 lah lagi...

Jadi, kenalah buat promotion, buka booth, rayau satu tempat ke satu tempat, buat satu rancangan show di TV utk mempromosikan sikit-sikit. Bagi orang Islam ka tak Islam ka faham. Jemput panel yg berkaliber, buka soalan pada masyarakat utk bertanya, talian telefon dan sebagainya. Bersikap lebih terbuka dalam membincangkan isu ini. Kupas apa sebenarnya intipati hukum ini, diskus halangan-halangannya, cara nak atasi dan sebagainya. Usaha seperti ini sewajarnya dilakukan secepat dan seawal mungkin.

Susah? Memanglah. Dari awal dulu mula promosi, kerja lebih mudah. Bila dah ada negatif impression masyarakat terhadap sesuatu kemudian baru hendak diubah perlu lebih usaha dan lebih rumit. Ada berani buat diskusi terbuka di TV tentang isu nih? Tak diluluskan penganjur, 18 SG agaknya. Adegan seksi meksi drama Melayu lulus.

"Promosi" berbentuk negatif lebih mendominasi isu hudud ni, maka itulah hasilnya banyak penentang dan haters. Tak usahlah mempolitikkan segala-galanya.

Kalau konsert belia, promosi slogan kata yg acap kali berubah apabila orang baru naik, boleh buat besar-besaran....

Bayar artis lagi mahal dari bayar kerja dakwah seorang ustazkan?

*****************
Bila artis Melayu ada isu,
Bila orang Melayu hendak berniaga,

Kita orang Melayu kena sokong orang kita nak maju.
Jarang dengar... saudara Islam kita nak berniaga, perlu beri sokongan.

Bila hudud, supposedly: kita orang Melayu, agama kita Islam jadi kena promote hukum Islam.
Realiti: Hudud ni jumud, kejam, tak sesuai, bla bla bla..

Bila promoter sendiri tak recommend barang yg dijual, ingat orang nak beli ke? LOL.

November 21, 2011

Lain Orang, Lain Jalannya

Ada sesetengah perkara, perbuatan yg tak perlu diucapkan berulang kali. Rasa lelah mendengar banyak kali dan mengungkapkannya banyak kali.

Bosan. Rasa dah immune pun ya juga. Immune di sini bukan bermaksud kau tak akan kena apa-apa dah, tak rasa apa dah.

Tapi, immune yg kau rasa malas nak dengar dah. Tepu.

Kau dah boleh agak dah apa tujuannya, finalnya. Macam kau tengok TV drama bersiri Melayu yg ada scene korporat, tangkap cintan, awal-awal dah tahu ending dia. Hehs.

Bila berharap sesuatu yg tak akan jadi dan tersalah sangka begitulah.

Mula mempersoalkan bagaimana yg lain boleh mendapat sesuatu yg mempunyai banyak perkara baik. Sedang kita hanya menginginkan satu atau dua saja, tapi itu juga tidak kesampaian.

Yg lain melalui proses yg mudah, akhirnya juga sangat untung.

Kita melalui banyak proses sukar, pelbagai masalah, akhirnya tidak juga ketahuan bila.

Mungkin dari perspektif kita, yg lain itu nampak mudah sedang mereka juga kesusahan?

Tapi bagaimana pula jika memang ternyata liku-liku hidupnya tidak banyak cubaan, gembira, bahagia, senang, mewah.

Dalam hidupnya sangat mudah, tidak perlu beban berfikir tentang kewangan, keluarga, ummah misalnya. Fikiran berkisar tentang hal duniawi semata.

Hari dilalui penuh ceria. Masalah timbul hanya jika kerja di pejabat belum dilunaskan, tiada cukup wang bershopping, tidak dapat membeli kereta keluaran terbaru, kasut berjenama , mahu pun beg tangan, atau tiada teman lelaki/wanita ?

Apakah berbaloi, setimpal dgn kekecohan, kerisauan yg ditunjukkan?

Apakah ini patut bisa membuat jiwa kita resah, gelisah? Sesungguhnya diriku, kita mungkin sedang keliru.

November 19, 2011

When u are alone..

I am all alone in my house.

So, I decided to dig my potential in the world of bakery. *poyo*I have tried baking kek lapis before. Well, that was during Hari Raya under the guidance of my mother. It turned out well.

HAHA. That was a serious mistake. I usually "campak-campak je!" in cooking, but in the end.. it will always taste nice. I guess it does not work in baking!

in the making
First try.. it looks like a muffin. It does taste quite good but the texture turns to be slightly dry and rough.


Then.. i added up more things in it. This time, Neither looks like a muffin nor a cake.


What is this?! 
Laughing all by myself when i was doing all these. Apparently, baking... just not my thing.

Btw, baking is scary. The oven is so hot. How did u people have the courage to open the oven door and pull the tray out?

PS: Tipah, aku kena berguru dgn kaulah.

November 9, 2011

Daya Fokus Dalam Kelas

Adakah anda seorang yg sering mampu menumpukan perhatian dalam kelas? Jika ya, bagaimanakah anda berjaya berbuat demikian?????!!! *Mata memancarkan sinar kekaguman*

1. Adakah anda tidur awal sebelum ke kelas? Berapa awalkah anda tidur?
~ Seawal mana pun aku tidur, tetap tiada efek.

2. Adakah anda tidur awal dan bangun awal?
~ Nak bangun tu satu keazaman tapi boleh diusahakan.
~ Malangnya, tetap tiada efek juga.

3. Adakah anda membaca topik yg akan diajar sebelum masuk kelas?
Yg ini memang rasanya berkesanlah juga bila masuk kelas, u already have an idea at least what u gonna learn for today.

4. Adakah anda meminum air semasa rasa mengantuk atau hilang kosentrasi?

5. Apakah anda lakukan apabila hilang tumpuan (tapi tak mengantuk)?

6. Bagaimanakah anda boleh faham dgn superbnya apa yg diajar dalam kelas?
Saya sering confuse kerana ramai pihak suka menafikan beliau study tetapi beliau score. Mungkin beliau genius.

Kerana...

Saya jarang faham satu apa pun

Fikiran dan pendengaran saya jarang boleh melekat dan tertumpu pada lecturer dan whiteboard.

Saya sering pandang lecturer/guru/cikgu dgn pandangan seolah-olah faham

menganggukkan kepala apabila bertentang mata

berpura-pura menulis sesuatu sambil kerut sikit kening memandang whiteboard tanda minda sedang berjalan memproses maklumat yg baru saja diterima.

Pura-pura cakap dgn rakan sebelah sambil tangan menunjuk ke whiteboard, kemudian cakap.. Ohh, okay, okay..

Adakah saya lembab? Ouch.. Jika ya sila jangan terlalu jujur.

Atau adakah saya seorang pendengar yg terlalu teruk?

Adakah saya lembab menganalisis bahasa Inggeris utk difahami?
~ Tapi kalau tengok video dissection, movie english semua aku fahamlah juga.

Jadi, terasa sungguh membazir waktu yg dihabiskan di kelas jika input adalah kurang dari 5% atau hanya 1% atau 0%. =.=

Saya juga ingin memaksimakan masa di kelas utk mendapat input yg banyak tetapi saya tak tahu bagaimana.

Cakap pasal tertidur,
Tiba-tiba teringat kisah masa PMR dulu, rasanya Trial PMR. Kertas objektif sejarah petang dalam dewan. Meja aku depan sekali, barisan kedua dari kiri.

Sedang menjawab soalan dgn senang hatinya dan mengantuknya... Dumm, bunyi kepalaku terhantuk kat meja. LOL. Tu la, tidur tak sengaja, tersengguk-sengguk. Dumm terus kat meja. Adalah baris tepi aku yg duduk depan memang dengarlahkan. Ces.

Buat muka tebal je. Member tegur pula tu. "Weh, aku dengar kepala kau terhantuk tadi". Kot ye pun, tak perlulah kau cakapkan.

Kesimpulan, Oleh kerana itu, saya pemalas datang kelas. HE. Sekian. Bantulah saya. (Nada nak insaflah ni).

November 7, 2011

Update : Aildiladha 2011

Ke hadapan sahabatku, Asilah.. Ini khas buat anda, HOHOHO.. PS, gambar tetap tidak comel kot.

Masa pergi ke Malaysian Hall, bas tiada. Maybe sebab hari Ahad pagi-pagi orang Kristian pergi gereja nak buat sembahyang dia. Jadi, kami pun pergilah naik teksi.

Hari tu memang sejuk gaban, temperature 1 celcius (more or less). Berasap-asap mulut.

Layan je lah pic. Tak banyak pun, menumpang kamera orang je pun. Ho.

Tunggu bas tak kesampaian

Ada yg pergi solat kat masjid. Gambar cilok je nih. Hehs.
Malaysian Hall

Malaysian Hall = macam rumah tapi besar
Compound belakang hall, memang berasak-asak bila ramai
Apa pun, nasib baik ada Malaysian Hall. Kalau tak mana nak berhimpun ramai-ramai macam ni kan dgn Malaysian. =D

Selamat Hari Raya.

Btw, jumpa jugalah budak TGB beberapa orang from other uni kat sini.

November 6, 2011

AIDILADHA

Menjadi kebiasaan utk kami sekeluarga beraya juga walaupun bak kata orang raya haji jerww dgn mengunjungi beberapa buah rumah saudara berdekatan khususnya rumah wan.

Perasaan tak sedih. Cuma terasa janggal apabila tidak kedengaran suara azan raya. Rindu inginku dengar azan berkumandang. Sekarang cuma "azan elektronik" jelah yg ada berkumandang setiap kali masuk waktu solat di fon.

Alhamdulillah, dapat berpuasa sunat. Seronok sebenarnya puasa kat sini. Waktu subuh lebih kurang macam Malaysia kira-kira 5.40 pagi dan maghrib 5 petang. Hehs. Kalau malas puasa juga, sila balun aku.

Rancangan esok paginya pergi solat dan menjamu selera di Malaysian Hall. Mana lagi nak pergi kalau tak ke situkan. Mesti ramai stylo mylo esok nih, Muahahaha.

Di kala kalian seghonok raya, aku sedang garu kepala. Bukan sebab ada kutu atau tak syampu. Tapi exam anatomy dan physiology membuatku jadi begitu. Cewah, konon kau ada rhymelah tu.

Oh ya, kalau jumpa aku kat Malaysia dah makin "comel", janganlah tegur ya. Makan sini memang sihat, sedap dan segar gitu.

SELAMAT HARI RAYA AILDILADHA! Maafkan salah silapku. Doakan kami sejahtera di sini.
Ikhlas dari seorang insan tercampak nun jauh di Ireland.

Dublin City, ~mamat mana entah interframe~



October 22, 2011

October 20, 2011

October 18, 2011

Cikgu English Kegemaran

When I was at MRSM Batu Pahat, errr.. i am not that naughty but.. maybe a little bit naughty. We had a really great English teacher, Mr Chau Meng Huat. So enthusiastic, "sporting", kind and most importantly has great sense of humor.

On my outing to city center, accidentally bumped into each other. Miracle betul! Bcoz we haven't met since I left after Form3. Terharu.. Sobs. He even said, "Continue to make us proud".

Balik tu cepat-cepat add beliau kat facebook. Then received a message from him thru FB.

"It was a very pleasant surprise to meet you in Dublin, Ummu. Just so unfortunate - didn't recall your name when we met, and knew about my former 3A naughty girl only after Ain told me about your name! All those images of you studying in the class immediately sprang to my mind then. You have certainly grown up and become a real lady now.

Hope you're doing well in the next few years here - and hope to see you again! Take care."



So, do u notice something important? Be a naughty student! LOL. Your teacher will definitely remember u! Errr.. we were not that naughty, we just like to tease him just like he loved doing that too. After all, thats what made u have something to smile, laugh when u remember your old schooldays.

Ain that he mentioned was my senior at MRSMBP. Urghh suddenly, missed all the memories with the lovely teachers, friends.

Rindu (2)

Target malam nih nak settlekan urusan tertangguh then start study anatomy.@.@

So, ada permintaan kpd pemilik blog yg langsung tak famous ini untuk menyambung penulisan yg tertangguh tempoh hari. Maka sebagai seorang sahabat yg comel lagi ayu (takde kaitan), aku tak nak menghampakan orang. 

Tadi petang aku, malam malaysia, baru skype dgn Erna. Terima kasih *efek tambahan* ngaaaaaa.

Masing kurang matured lagi. Baru nak rapat. 

Utk Maisarah yg shomel, 
Iteww memang shuke buat gaya gewdiks dgn awaks. Itew pun tak tau nape. Mungkin syebab itew asew awk omel. Hehe. Okay, aku pun menyampah dah dgn diri sendiri. 

Saya rindu nak main badminton dgn awak. Sobs,sobs. Bak kata Erna, cakap pasal badminton je nak tangkap sayu budak dua orang nih. Memanglah! Geram tak dapat main badminton tiap-tiap petang sambil pakai baju kurung dgn seluar track je. Dahlah shuttlecock boleh tembus net. Kita sumpah hebat kot. Lepas tu, kita pergi beli askem Malaysia. Waaaa.. *telan liur*. 

Lagipun, saya kan supergirl awak. Haha. Awak shuke cakap saya ayu tu saya shuke. (Ayat sambungan selepas tu, diam-diam jelah kan, jatuh pula saham aku nanti). Awak selalu tension-tensi, gabra-gabra.. Nasib baik comel. HAHA. Jangan tensi-tensi, lepak ah. Saya takut time awak tengah takde mood.

=D

Utk Tasya si expert bio, 
Aku nak makan nasi air kau. Kita memang geng ah bab tu kan. Takpe, kat Malaysia boleh sambung lagi dgn lebih detail. Maklumlah, ilmu dah mendalam. Hehehehehe. *wink-wink*.

Jangan pakai baju kurung main badminton. Aku je yg expert okay. Terngiang-ngiang suara Tasya, "ummu, ummu.. kau bla bla.. alaaa". Mas terer imitate kau. 

PS: Aku tunggu khabar gembira dari kau dalam tahun-tahun mendatang nih. 

Utk Kalian semua, 
Teringat semasa kita buat projek measurement. He... Tiba-tiba Mas datang buat muka pelik. 
Teringat masa kita tubuhkan group Buah Pala. Suka gitu!
Teringat masa kita buat kerja Diamond 
Masa jahit baju Boria, apa yg korang ingat? 
Masa main badminton ramai-ramai. Buat kecoh je depan compound tu.
Masa main werewolf. 
Masa main UNO. Wallaweh, Master Jie!
Masa movie night.
Masa main layang-layang.
Masa photoshoot. Habis satu event je mesti gatal nak buat photoshootkan.
Masa kita pangkah Erna. Reaksi Erna mesti macam nih, =.=
Masa kita tiba-tiba random, buat berita, bajet penemuramah, berlakon.
Masa kita sambut birthday orang. Btw, korang tak pernah sambut birthday akukan. Sobs.

Yeahh.. Pikang kuat!

Err.. Dr Bano?

Mas buli Erna. Ngaaa
Percutian yg Ohsem

Kumpulan nasyid. Dale busuk.

Cikgu Bio hebat. Hee

Tgh bersiap-siap nak pergi kenduri kahwin Tasya.

Noren, utk kau tak payah. Aku naklah video ECOTRIP! Tak bolehlah download kat FB! Mas, aku rasa dekat kau banyak video randomkan. Ke kau dah delete.

Btw, Erna.. ingat tak hari yg agak last juga kat KY. Kita sapu sampah daun kering yg berlambak-lambak dekat compound Diamond masa autumn kat KY. Esok pagi-pagi bangun, tengok pakcik tu kutip je. Lala Chan, kau bukan nak bagi pakcik tu hadiah ke?

October 17, 2011

Rindu

Post ini panjang.

Kebelakangan ini, serius.. ya, sungguh serius... Saya merasa kehilangan sesuatu. Sesuatu yg boleh menjadikan hidup saya bermakna dan jelas ke mana arah tujuan sebenar. Rasa kosong.

Andaian pertama: Saya sangat merindui sahabat-sahabat lama di KYUEM.

Bukanlah bermakna saya tidak merindui ummi, ayah, adik-adik. Tetapi untuk mendapatkan kembali suasana seperti dulu di KYUEM adalah mustahil, yelah nama pun dah tamat ALevel!

Ya, sangat. Saya sangat rindu Erna, Mas, Maisarah,Tasya, Lala Chan, Dale, Pikang, Belle, Noren, Afwa, Najwa....etc. (Takkan nak list semua kot). Kadangkala, saya akan lihat gambar-gambar dahulukala sambil tersenyum dan tergelak.Melihat video Diamond. Melihat video Evening with Diamond sambil cepat-cepat skip part diri sendiri.

Kalian sangat istimewa (utk mendapatkan efek luahan perasaan yg sayu haruslah guna bahasa yg indah) bagi diri ini. Mengimbas kembali apa yg pernah kita lakukan bersama...

Rindunya ketika...

Utk Erna,
Menjadi kebiasaan, Erna masuk bilik malam sebelum esoknya kelas bertanya, ummu.. baju ni okay tak? Kena tak dgn tudung nih? Ummu, baju ni okay je kan? Ummu, ada orang cakap baju ni buat aku nampak macam orang tua! Dan Erna memang suka tanya pasal baju kat aku sebab pertama, aku jarang bagi komen yg mengecewakan.

Peduli apa baju macam orang tua tak stylo? Kita bukan nak impressed orang tapi nak impress Tuhan kan? So keep up! Teruskan usaha berdakwah.

Erna juga akan pesan utk aku kejutkan dia bangun pagi esok setiap malam. Well, almost. Tapi rasanya baru sekali je berjaya kejutkan dia time dah nak keluar KY. Sorrylah beb, aku memang tak reti kejut orang.

Masa mula-mula kenal kau, aku pelik macam mana kau jadi VP Muscom. HAHA. Jangan marah! Tapi aku sangat bersyukur (serius) kau terpilih jadi VP Muscom. Dan aku sangat gembira lihat perubahan kau.

Utk Mas yg bossy,
Mula-mula tengok, memang aku rasa kau bossy. HAHA. Tapi lama-lama kenal memang pun, in a good way to express it is, bertanggungjawab.

Sorrylah saya suka kacau masa Zulfathi Amran tengah call. Saya nak jumpalah dia! Siap kau kalau kahwin tak jemput aku. Saya suka datang lepak bilik awak tanpa tujuan. Saya selesa sangat dgn awak! Hehe. Selain saya suka sangat dgn lasagna mak awak. Nanti aku datang rumah baru kau eh.

Teringat pula, aku suka kacau kau melalui tingkap bilik. Kau dgn tshirt tidur labuh tu, sambil tengah cecah biscuit dgn nescafe pagi-pagi. Tak pun, terjah datang bilik marah aku asyik tidur je sambil bebel "Eisyy.. bangunlah, bangun! Kau tu nak dapat A ke tak? Dahlah ambil medik, kau tau tak medik? Kau ingat senang?". Sesiapa yg kenal Mas, sila baca dalam intonasi beliau.

Btw, Mas memang cool.

Utk Lala Chan yg pelik,
Erna selalu kata asal ramai orang cakap dia pelik. Tapi aku rasa kau lagi pelik. HAHA. Uniklah, unik! Aku rasa kau macam ada aura misteri yg sentiasa ikut kau. Tapi kau cool kot. Cuma bila kau buat salah or i mean something yg memalukan, kau akan jadi macam gabra sikit tu hilanglah ke"cool"an kau.

Dahlah suka duduk dalam gelap kat bilik, hujung sudut katil sambil tekan-tekan mouse laptop. Entah apalah budak nih buat agaknya.


Penatlah tulis. Kalau aku rajin aku sambung, tak rajin sila jangan jeles siapa yg tak termention.

October 7, 2011

Draw a Stickman

Kindly, please go to this website..
http://www.drawastickman.com/

Saya dah lukis a few times, ia sangat comel dan kelakar. My current addiction..

Yoo.. ultraman bermuka jahat dtg!

Belon pecah dan menetasnya dinasour spt di bawah

Lawan dia ultraman!!!

Kapal terbang yg akan mengeluarkan hujan

yeah! api dah berjaya dipadamkan oleh kapal terbang!

hujan berlebihan lalu banjir

Raksaksa ikan dtg! Aku telan korang semua!!! HOHO.

Gunung berapi mengeluarkan hujan

Ya, itu kedengaran sungguh kartun sekali. Dan sememangnya ayat macam bajet budak-budak serta rasa sungguh lame. Korang pernah tengok cerita kartun "Chalk Zone" tak? Everything the boy draw using a chalk hidup dan bergerak. Macam tu lah kat website tu. Your stickman comes alive and hunt u forever! (nada evil). HOHOHO..

PS: orang bosan memang begini. Tu tak cerita lagi macam mana aku layan cakap dgn Cleverbot lagi.
http://cleverbot.com/

October 6, 2011

Monolog

I dont usually "post" an entry like this. Lately, Im feeling empty. I feel like writing something but i dont know what to write about. So yeah..

Asal tulis dalam english? Gedik2 je. 

Pergi studylah weh!

Ya, nak studylah ni. 

Tapi, rasa macam tak nak study tapi nak study sebab perlu study.

Ayat kau macam @#$% siot.

Tau. Bye. 

October 1, 2011

Bila Berjauhan

Okay saya tahu saya rasa macam agak lame kalau post entri ada lirik lagu tapi....

Apa agaknya khabarmu di sana
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan


September 28, 2011

FB, Arwah & Shopping

Kadangkala bila terdengar lagu esp Kenangan Terindah pasti teringat pada seorang sahabat yg dah pergi meninggalkan dunia ini. Sebak. Tapi selalu rasa hiba entah bagaimana akhirnya kita. Adakah pengakhiran yg baik? Masa tu adakah kita cukup bersedia atau kita tiba2 terjaga dalam gelap berseorangan tanpa kita jangka?

September 26, 2011

Menyesuaikan Diri, Usrah dan Kawan

Disebabkan tajuk kali ni macam agak ilmiah sikit, mari mulakan dgn memberi salam. Assalamualaikum para pembaca sekalian. Berada di luar negara yg mana penduduknya bukan majoriti Islam, kadangkala kita mudah alpa dan leka. Kita juga akan saling memerlukan antara satu sama lain bagi membantu dalam hal pelajaran, masalah peribadi mungkin.

September 19, 2011

Ramai Tgh Eksaitedkan?

Hello!!! Minggu ni dan minggu depan langit Malaysia dan UK insyaAllah akan penuh dgn budak KY dan budak dari kolej lain yg terbang melanjutkan pelajaran ke obersi. Semoga Allah melindungi perjalanan korang semua dan selamat sampai.

Aku percaya ramai GILAA yg akan tukar or dah tukar gambar profile pic di FB dgn berlatar belakangkan suasana permai di luar negara dan juga upload album gambar berjalan2 di sana. Selalunya, aku memang tak suka upload gambar, ada few kawan yg takjub dan terkesima (over) atas kemampuan aku mengupload gambar masa baru sampai di Dublin tempoh hari di FB. Tapi sebab ramai peminatkan, so taknaklah menghampakan para peminat. Apa korang ingat aku tak reti guna FB utk upload gambar ke?  =.=

September 16, 2011

Kadangkala Perlu

Selalu kalau malam-malam sambil dengar lagu/sambil termenung2/lepas solat isyak/tunggu mata lelap, fikiran mula melayang. Tapi kalau dengar lagu rancak memang tak dapat ilhamlah nak mencari ketenangan diri.

Serius nih, tak salah dengar lagu rancak, hip hop (whatevalah) tapi bagi aku, nak tenang memang tak boleh. Sekali sekala dengar lagu nasyid terkesan jugak. Ni asyik dengar lagu cintan cintun je. Mana tak hanyut. LOL. Biasa masa macam nilah aku recharge diri sendiri atau muhasabah + fikir masa depan + motivasikan diri + buat perancangan.

Terbayang apakah masa depan kita. Adakah cerah, gelap, susah, derita?
Mungkin tak hidup lagi kot, umur tak panjang.
Amal tak cukup lagi. Entah di mana pengakhiran.
Terfikir kesalahan dan kesilapan masa lalu.
Entah masih hidup atau tidak ibu bapa tercinta, sahabat.
Mengenangkan sahabat yg dah pergi.
Entah aku akan dapat atau tidak berbakti pada ibu bapa.

Ohh.. bercakap pasal kahwinkan, ya..tahulah wanita kena ikut suami, tanggungjawab, utamakan bla bla bla. Tapi serius, sangat kagum dgn kecekalan dan keberanian orang yg berkahwin awal. Bukan sindir oh tapi serius ni, sangat kagum. Sebab banyak komitmen, tanggungjawab, pengorbanan.

Berfikiran secara logik, terlalu banyak masa yg dihabiskan di asrama. 5 tahun di asrama bukan satu tempoh masa yg pendek. Kalau bayi dah besar masuk tadika dah. Ditambah 2 tahun di KYUEM. Ditambah 5 tahun di Ireland kalau panjang umur. TOTAL 12 tahun. Kalau bayi dah besar ambil UPSR dah. Bila balik rumah, ingat nak melepak je. Bukan nak menolong sangat. Tup tup habis macam tu je masa cuti.

Habis belajar, kerja. Kalau kahwin, tinggalkan lagi mereka terutamanya kaum wanita. Dalam fikiran, terlalu banyak perkara yg masih tertunggak dan memang jasa mereka tu tak dapat dibalas sampai mati pun. Kalau boleh nak bagi satu hari nanti mereka akan relaks je, bawa pergi jalan, sediakan menu yg sihat, makanan tambahan kesihatan. Tapi terlalu banyak benda yg nak dibuat bersama dan untuk mereka. Sempatkah? Masih ada masa? Semoga masih ada.

Ya Allah.. ampunkanlah dosa ibu bapa kami.
Sihatkanlah tubuh badan mereka dan limpahkan rahmatMu ke atas kami.
Murahkanlah rezeki kami dan hiasilah kami dgn akhlak yg mulia.
Ya Allah semoga kau beri kami kesempatan dan peluang berbakti kpd mereka.

Dan berilah keyakinan dan kemudahan kpd adik yg menduduki UPSR.
Semoga Ya Allah kau kurniakan keputusan 5A kpdnya.

September 15, 2011

Asah Otak yg Tumpul

Kelas dah bermula hari Isnin tu. Study dalam lecture hall ikut module. Anatomy memang ngangalah. Refer to anatomical position. Terkebil-kebil sambil menekan-nekan tulang kat badan sendiri sebab nak rasa mana kedudukannya. Jadi, kalau dapat beli tengkorak memang bestlah. Ala tengkorak yg selalu jadi model dekat lab bio tu.

STYLE kan beliau posing

Minggu depan ada dissection. Sila ucapkan semoga berjaya men"dissect" dengan cool kepada saya.

UCD yg moden

September 3, 2011

Packing Oh

Selesai packing, beg sangatlah berat. Rasa macam nak buang separuh je isi tapi kalau buang apa nak guna kat sana? Lepas tu, timbang atas penimbang berat badan kat rumah, terjenguk, terbongkok2 kepala aku nak tengok anggaran beratnya berapa. Korang bayangkan penimbang berat badan yg saiz biasa-biasa orang letak kat rumah tu, letak beg besar. Mestilah terhadang tempat bacaan kg dia. Lalu, ambil kamera fon tambah lighting sikit hulur ke bawah beg tu, snap picture bacaan kg dia.

September 2, 2011

Raya dan Ireland

Assalamualaikum! Rasanya sudah terlalu lama tak update blog. SIBUK u mengalahkan penghulu kampung. (Ces, sejak bila penghulu kampung sibuk sangat). Ulang alik ke KL MARA HQ tak payah cakaplah berapa kali. Sampai rasa I ni macam dah jadi orang KL lagi u!

Pagi-pagi buta I naik tren pergi pejabat MARA, petang balik, pergi SOGO. Ewah, pergi SOGO jumpa Erna, Maisarah, Shikin. Nasib baik bulan puasa, kalau bukan bulan puasa memang koranglah yg kena belanja I makan sebab duit I memang cukup-cukup je nak balik Melaka. Sampai terpaksa meminjam duit u kat Durrah masa di KL, sebab beli buku mahal sangat.

August 17, 2011

Realiti Kedai Gunting di Negara Islam

Ini bukan nak racist-racist pasal parti politik. Ini tiada kaitan dgn mempromosikan parti politik kegemaran. Yg berkaitan adalah sebab parti politik yg akan jadi pemerintahkan. So, sila open minded. Tak kiralah di mana-mana negeri pun. Bersama dalam memastikan wujudnya kemudahan-kemudahan utk menyempurnakan tuntutan menutup aurat dgn jayanya di negara yg lebih suka saya katakan majoritinya beragama Islam dari negara Islam.

August 15, 2011

Study Luar Negara?

Ketika pelajar tajaan MARA specifically budak KYUEM (medik & sains aktuari) ada briefing bersama Pak MARA berkenaan dgn borang/dokumen yg perlu disediakan sebelum terbang, terdetik persoalan adakah aku bersedia mental, fizikal, rohani, jasad, segala macamlah utk ke luar negara?

Fikir semula, apa yg kita nak sangat ke luar negara ni? Tapi biarlah aku berterus terang kat sini, semasa mula-mula habis SPM dulu, aku ni manusia tak punya cita-cita kerjaya yang jelas. Cuma mahu hidup yg tenang, senang, berjasa. Haha. Disebabkan saya merupakan pelajar asli keluaran MRSM (bak kata seorang sahabat baikku ini tatkala kisah ini diceritakan kpd beliau) maka pemikiran sangatlah sempit dan tidak berkembang. Bukan semua pelajar MRSM macam ini okay. Jadi, adik-adik (wah, berlagak senior habis kau) hendaklah berusaha mencari pelbagai bidang pengajian yg ada dan sponsor yg ada. Dalam kepala otak, nampak engineering/medic saja pada masa tu & sudah tentu ditaja oleh MARA. Gila betul.

August 12, 2011

Dengki & Bangga Anak

Anak kau tu macam mana exam? Dah tahu result?

Alhamdulillah. Keputusannya lepas requirement.

OOO.. tahniah. Anak kaukan pandai.. (TAMAT)

********************
Anak kau tu macam mana exam? Dah tahu result?

Tiada rezeki nampaknya. Mungkin ada jalan lain utk dia.

Ooo.. (terasa suka sikit)

********************
Eh, kau tahu anak si polan tu tak lepas exam tu?

Lah, yeke? Blablabla...

Pass berita... Pass lagi.. Pass lagi.. Pass. (Entah bila tamat)


Berbangga dgn anak tak salah. Bangga anak jadi orang baik-baik. Tapi jangan bangga hingga tahap riak. Tak habis-habis nak membandingkan anak, ngumpat belakang. Kalau orang lain lebih, dengki. Bila orang lain kurang, dengki juga. Entah apa kau nak makcik. Derr.. bosanlah lu makcik!

Ayah : Takde apa sangat nak diheboh-heboh anak jadi doktor/peguam/....
Lainlah anak yg syahid. Penduduk langit pun tahu.

Orang bertanya, kita jawab dgn rendah diri. Orang tak ambil tahu, kita diamkan saja.
Jangan riak, tak baik! Jangan suka tambah-tambah cerita nanti jadi tak betul!

A Levelku Punah

Suasana pagi itu sejuk, dingin dan aku menarik selimut. Sungguh liat sekali rasanya diri ini hendak bangun meninggalkan tilam empuk dan bantal busuk. Tiba-tiba aku bingkas bangun. Terasa seperti sekelilingku kosong dan tiada orang lain di dalam chalet. Terus mencari-cari fon dan melihat waktu. What????

Aduh. Dah lambat sekarang ni! Tak payah mandi , terus sarung baju kurung. Capai bekas alat tulis. Sambil lari-lari betul-betulkan selipar. Eh, baru perasan! Selipar jamban! Arghh.. lantak! Terasa jauh benar dewan peperiksaan kali ini.

August 9, 2011

Ibu itu Makin Lelah

Air masak habis. Jag air kosong.

Air batu habis. Bekas air batu kosong.

Air sejuk dalam peti ais habis. Botol kosong.

Sampah banyak. Tong sampah sendiri sudah seakan loya dgn baunya sendiri & memuntahkan isi.

August 5, 2011

Ingat Aku Takut Dgn BAPAK Kau ke??

Suatu petang yg berbahang di sebuah kawasan, suhu yg tinggi membuatkan lebih ramai selesa melepak di dalam rumah gaya buaya berjemur yg bezanya, mereka menyejukkan badan. Tetapi, masakan budak-budak betah duduk saja di rumah.

Sekumpulan budak-budak lelaki yg masih bersekolah rendah kira-kira belasan tahun sedang bermesyuarat. Entah apa yg dibuat di tengah panas seperti lagaknya berbincang masalah negara. Kemudian mula bergerak ke sana sini dengan gembiranya. Tidak jauh dari situ, jelas kelihatan kawasan asrama lelaki dilengkapi dewan makan, wakaf walaupun blok asramanya hanya satu kerana ia sekolah separa harian.

July 31, 2011

TAKZIAH


Takziah diucapkan kepada keluarga Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz di atas pemergiannya
Pasti sesuatu yg sangat menyedihkan 
Tambahan pula menjelang Ramadhan 
Setelah anak tukar jantina... Mendapat perhatian media.. Menerima cacian, makian orang
Dan akhirnya yg paling perit..
Pemergian anak kandung sendiri.. 
Semoga Allah mengampuni dan merahmati Ashraf
Mungkin ada hikmahnya..
Sekurang-kurangya cemuhan masyarakat kelamaan hilang

Masalah ketidakseimbangan hormon bukan satu perkara mudahkan? 
Bersyukurlah.. jika kita bukan wanita jelita
Bersyukurlah.. jika kita bukan lelaki tampan
Bersyukurlah bila anda pasti anda lelaki
Bersyukurlah bila anda pasti anda wanita 

Btw, pertunangan Khairul Fahmi aka apek dengan Jejari Runcing putus?
Heh.. dah lama eh? Aku memang lembab sikit.
Tu pasal bila dah jadi orang terkenal ni susah
Tu pasal kalau gaduh janganlah post status kat fb
Makin ribut

Dan ada pula lesbian kahwin.. nasib baik bukan Islam
Tahniah kpd the House of Courage, DIAMOND!!!!!
Performance yg BEST berdasarkan kategori yg kita menang (walaupun aku tak tengok lagi)
Ada orang kata Sultan berlakon gempak gila?!

Selamat Memaksimakan Keuntungan Berlipat Ganda di bulan Ramadhan!!

    July 30, 2011

    Konklusi Julai 2011

    Pohonan maaf saya kemukakan,
    Buat para pembaca budiman, 
    Hampir sudah bulan Ramadhan, 
    Harap semua diberkati Tuhan.

    Tak lupa tahniah kpd Zunni
    Atas sudah bergelar isteri
    Moga rumahtangga sentiasa dirahmati
    Nak nasihat lebih, aku pun tak kahwin lagi

    Buat Diamonders terhebat,
    Persediaan Bangsawan pasti ligat,
    Teruskan usaha & keringat,
    Pasti tercapai jua matlamat.

    Dari jauh, ku beri sokongan,
    Moga backdrop kita juara bertahan
    Pelakon terhebat juga diimpikan
    Apatah lagi juara keseluruhan

    Menang kalah jadi pertaruhan
    Redha dgn apa saja keputusan
    Usaha tak berbelah bagi sudah dicurahkan
    Jika tewas, Bangsawan bukan pengakhiran

    Kem MOC best gila
    Pengisian memang mantap mantoya
    Tahun depan, junior jangan lupa
    Join MOC sure tak nyesal punya

    Debaran hati semakin terasa
    Keputusan ALevel penentuannya
    Kepada pembaca baik budinya
    Titipkan doa buat kami semua

    Ramadhan itu setahun sekali
    Jangan disia-sia peluang ini
    Belum tentu berjumpa lagi
    Tingkatkanlah amalan diri

    * Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak, puteri yang cantik dan hamba. Merupakan satu pertandingan antara house tergempak di KYUEM.

    Putera kacak ke selalunya?
    Diamonders semoga berjaya!
    Sultan Diamond, gagahkan suara jahat anda!! HAHAHAHAHA..
    (Diakhiri dgn intonasi gelak yg evil)

    Pertahankan Hak Kita!

    Kita kena cari lebih banyak duit dari program-program untuk biayai perbelanjaan sekolah ni demi pelajar-pelajar Melayu, jangan bergantung sangat kepada kerajaan.

    Betul tu, saya sokong.

    Lagipun sekarang ni kita susah nak dapat peruntukan.

    Kenapa susah?

    July 29, 2011

    Blog Tak Famous

    Saya baru mula berblog sejak tahun lepas. Tujuan berblog sebenarnya pada masa tu masih samar-samar.Yg pasti antaranya adalah utk menyuarakan pandangan. Tapi memang tiada buat promotion mengatakan "lihatlah dunia, saya punya blog". Selepas beberapa lama, barulah berani nak mengaku. Agak malu ya di situ kerana sedar diri masih baru dan kadang-kadang bila baca semula entri lama rasa macam nak sepak diri sendiri sambil hantuk kepala kat dinding. Sebahagian besar entri yg macam rasa nak sepak diri sendiri telah didelete.

    July 28, 2011

    Ringkasan MOC

    Ilustrasi yg disediakan adalah berdasarkan beberapa isi penting ceramah yg digemari dan mudah diingati, dipraktikkan. Nak menaip laporan penuh takdelah ye.. Sila kreatifkan diri anda utk menafsir gambar lebih kurang yg dilukis. Tapi rasanya takdelah teruk sangat sampai tak faham. Moga bermanfaat dan menghiburkan! 

    July 27, 2011

    ADOLF HITLER

    Pengemis Dunia: Fakta ADOLF HITLER: "Adolf Hitler Peminat Islam: Sejarah Yang Disembunyikan Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan..."

    Share-share je! Percaya atau tidak, terpulang. Utk lebih kepastian, ayat biasa.. rajin-rajinlah cari buku, sumber-sumber lain. 

    July 26, 2011

    How We Can Vote Twice

    Mari mengundi! Mengundi adalah tanggungjawab setiap warganegara. Bagaimana ingin memenangkan parti pilihan? Undian berganda mungkin boleh jika anda bijak.

    July 21, 2011

    TRANSGENDER

    Ini mungkin entri yg menyebabkan anda berfikir "kau takde topik lain ke nak cakap". Utk menambah ilmu semasa, memberikan pendapat & pandangan sahaja khususnya macam mana nak atasi perkara ni dan puncanya. Kawan-kawan aku semua sejatikan? InsyaAllah.

    Dah beberapa kali Malaysia digemparkan dgn isu transgender ni, tapi rasanya yg famous adalah melibatkan lelaki bertukar perempuan? Dahlah lelaki makin kurang jumlah berbanding wanita, nak menambah bilangan wanita pula. Sebab paling tipikal diberikan adalah "saya merupakan seorang wanita yg terperangkap di dalam tubuh lelaki".

    July 16, 2011

    Saja Nak Riak

    Lupa nak cakap terima kasih kpd budak-budak Perak Mara yg pergi BTN hari itu (mestilah budak KY) sebab tak tolak aku keluar dr jip tu dlm perjalanan pergi ke stesen KTM Nilai. Aku balik BTN naik KTM sampai Seremban, then ayah aku ambil kat Seremban. Dgn beg besar dan baju sekolah hitam putih. Aku terasa spt budak sekolah kembali bila berdiri sama-sama budak sekolah lain dlm tren. Nasib baik name tag aku dah tanggalkan.

    Btw, aku saja nak riak kat  korang je ni..

    Semua Nak Update Pasal BTN!

    First of all, agak-agak koranglah apa yg aku nak komen pasal BTN? Ada yg ternanti-nanti ke? Peminat dalam diam mungkin? Aku tak tulis BTN best, awesome bla.. bla.. bla.. atau pun barulah tahu pasal negara. Aku juga tak tulis bodohnya BTN, nak menghasut orang. Aku juga tak akan tulis pasal isu Bersih sebab dah muak dengar beratus kali. Keputusannya....

    July 2, 2011

    Malaysia negara demokrasi!

    Siapa kata kalau kita tolak Bersih, bermakna kita tolak amalan demokrasi? Siapa kata?
    Demo tu amalan barat tau??!!! Memalukan negara!!

    Bersih ni menghuru harakan negara tu pasal kita kena tolak tau?!

    KOTOR SEBALIKNYA

    Kita tak sokong BERSIH!!! BERSIH menghuru-hara kan Malaysia.

    Media kata ada usaha nak kembalikan balik fahaman komunis. Korang.. korang tak ingat ke macam mana peritnya, susahnya hidup nenek moyang kita pada masa tu? Komunis ni tak percaya tuhan tau tak? Habislah,runtuhlah, tercabarlah, tercalarlah, tergugatlah, tercemarlah agama Islam

    June 26, 2011

    Mengutuk Pemikiran Sempit, Kuno & Pemalas Guru Malaysia

    Kau siapa dowh nak sesuka hati je cakap macam-macam pasal guru Malaysia? Kau tu budak je, belajar pun belum habis lagi, kerja apatah lagi, bukannya kau nak jadi cikgu pun. Sesedap mulut kau je mengata orang. Tak tau, buat cara tak tau.

    June 21, 2011

    Awards Day?

    Tiada apa yg perlu digembirakan.. Hanya majlis tamat A Level bukan dapat FLY pun. Cuak..
    Bukan dapat anugerah apa-apa pun.

    Keluar KY? Bukanlah sesuatu yg menggembirakan.. Pasti rindu kawan-kawan terutamanya Diamonders.

    As expected, masa nilah kita dapat menjamu selera.. precisely, menjamu mata.

    • Yg tak pernah sempit, jadi sempit.
    • Yg tak pernah terbelah, jadi terbelah. 
    • Yg tak pernah make up, jadi bermake up. 
    • Yg tak pernah nampak macam mandi, nampak macam mandi.
    • Yg tak pernah nampak handsome, nampak handsome
    • Yg labuh jadi singkat
    • Yg sedia ada selalu ketat, bertambah ketat
    • Yg jarang sikit-sikit terus nampak jelas
    • Yg cool macam aku, terus nampak lagi cool lah. *kenyataan perasan diri
    To Erna, Mas, Lalachan, Tasya, Maisarah, Nabilah, Dalila, Ain, Najwa, Zunny, Pikah, Dya, Shairah, Afwa... not forgetting my chalemates, Saara n Sofie. 

    Saya akan rindu masa 
    • main UNO.. well.. master jie (cmna nak eja) nampaknya kalah teruk pada permainan UNO terakhir kita.. 
    • main werewolf game. Dgn Dalila yg selalu disyaki! Dan Mas yg maintain cool (werewolf berjaya)
    • Lala n Tasya naik mesin potong rumput
    • masak-masak kat chalet. Sorry.. aku asyik makan je, tapi tak sponsor apa-apa. 
    • layan cerita yg tak sepatutnya Dalila dengar.. ehem. faham-fahamla. 
    • dengar Erna membebel.. tanya aku baju apa nak pakai. "ada yg mati juga malam nie".. Adoi, aku dah gelak guling-guling
    • kemas chalet sorang-sorang dan membebel tak tentu hala
    • tengok movie ramai-ramai
    • dan macam-macam lagi.... 
    Terima kasih.. =)

    June 6, 2011

    Thank You

    Sama ada terbang atau tidak terbang, wajiblah berterima kasih kpd guru-guru yg telah banyak berjasa di KYUEM. Walaupun, KY ada ramai cikgu omputeh atau obersi. Tapi cikgu aku semuanya wanita melayu. Yeah!! Kecuali subjek AS History dulu.

    Miss Yati ~ Biology
    Teacher paling ohsem!

    Paling suka masuk kelas teacher. Rasa relax je belajar. Setiap kali habis je belajar satu subtopik, mesti ada latihan teacher bagi.

    Dan suka dengar cara teacher sebut a few words. Contoh macam "deletion". Perlulah juga mempunyai keyakinan yg tinggi ketika menjawab soalan sebab teacher akan cuba menggoyahkan pegangan diri.


    Miss Aqilah ~ Chemistry
    Teacher paling best!

    Masa first sem, tak suka  kelas Chem sebab rasa gerun dgn teacher. Kecil je orangnya tapi suara boleh menggegarkan gegendang telinga.

    Masuk sem 3, block 1 adalah satu-satunya kelas senior. Mesti teacher paling sayang kitaorang ek. Tapi teacher sebenarnya macam kakak yg suka mengusik dan nyaring..

    Miss Aizan ~ Mathematics & Statistics
    Teacher paling cool!

    Minta maaflah sangat sebab aku paling suka tidur dalam kelas maths. Bukan sengaja! Tindak balas automatik. Rasanya sebab kelas lain dalam Lab, kerusi dan meja Lab tak sesuai utk support orang yg tengah tidur. Thats why dalam kelas maths macam terlalu selesa utk tidur.

    Teacher suka bagi nasihat suruh belajar betul-betul. Ni macam kakak penyayanglah.

    Lastly, selamat hari guru.. LAME! Hari guru dah lama lepas. Haha.

    LION KING



    Picture macam tak berapa nak jelas. Aku tak adalah pandai sangat melukis. Tu macam ada mata terherot sikit, shading macam tak kena.Tapi bolehlah...

    Disebabkan hidup macam dah tiada matlamat masa kat rumah, maka sajalah melukis. Tapi kartun sebagai permulaan bolehlah. So aku pun tibailah buku cerita LION KING.

    Seingatnya kali terakhir bersungguh-sungguh melukis adalah masa form 4 kot. =P

    March 24, 2011

    Life of human named ZuLfAdHLi: bapak borek anak rintik

    Life of human named ZuLfAdHLi: bapak borek anak rintik: "cuba teka ni gambo anak sape ? hehe cerita dongeng ini berlaku pada tahun 22 mac 2011 . suatu hari , Nazar membuat parti di rumahnya . ke..."

    March 22, 2011

    Mai Tengok Cerita Lucah Secara "Halal"

    Zaman sekarang video lucah memang senang dapat ye dak.

    Bila orang buat video menegur kesilapan contohnya gambar-gambar yg tak sempurna aurat, yg menunjuk-menunjuk kecantikan, gedik dan sbgnya di FB, kata mengaibkan orang.

    Tapi tak sangka pula..

    March 20, 2011

    47 years

    Pada 21 Mac 1964 di Singapura, seorang bayi lelaki yg sihat, kacak telah selamat dilahirkan.

    Dan siapakah bayi tersebut?




    MY FATHER!!!

    Macam tak percaya ayah aku dah 47 tahun. Rasa macam dah tua ayah aku ni. Dan aku sering tertanya-tanya apa yg aku dah buat utk mereka. Banyak dosa je adalah. =.=

    Dari usia 13 tahun hingga 17 tahun di asrama
    18 tahun - 20 tahun di KYUEM (sumpah tak faham kenapa KY macam asrama)
    20 - 26 mungkin tak ada kat rumah juga..

    Dalam masa aku membesar, tak banyak masa di rumah compared to others la. Dan kalau dah 26, nak kahwin? Tinggalkan ibu bapa. Kadang-kadang fikir, macam malas nak kahwin ni. Inilah masa yg ada utk berbakti pada umi ayah. Sebab nanti dah terikat dgn keluarga sendiri. Banyaknya jasa ibu bapa tu memang tak akan terbalas. Tapi, sekurang-kurangnya aku rasa puas hati juga sebab dah buat sesuatu utk jaga mereka. Nak masa mereka sakit,tua.. aku ada selalu. Bukannya aku ada nun jauh kat negeri lain. Bila dia sakit, dia call cakap. Balik ziarah pun hujung minggu je. Tu pun bukan boleh selalu.

    Nanti dah tua-tua, dia terpaksa juga uruskan hal memasak, kemas rumah. Kita dok gembira, sibuk dgn urusan keluarga sendiri. I dont mean that people yg dah kahwin abaikan keluarga. Taklah. Tapi, masa yg ada pasti terbatas utk ibu bapa sendiri. Senang cerita, aku nak jaga mereka.

    Siap dah ada plan dalam kepala..
    Bangun pagi, aku buatkan sarapan. Dan sarapan mestilah makanan yg sihat, sesuai utk umur mereka.
    Kemas-kemas rumah. Pergi kerja. Balik, masak makan malam. Nak makanan yg disediakan tu betul2 berkhasiat. Hujung minggu, bawa pergi jalan-jalan. Tak pun spend masa kat rumah.

    Tapi kita tak tahu apa rancangan Tuhan utk kita di masa akan datang.
    Along doakan ayah sihat selalu.
    Along sayang ayah..
    Bajet macam ayah aku tau blog aku.

    Anyone here yg ada tips nak sembuhkan kencing manis? My father taklah kritikal. Tapi dah bertahun la juga, paras gula dia maintain je. Tak boleh turun pun. Taklah sampai berpuluh-puluh. Dalam berbelas?
    Macam-macam ubat dah try..

    March 18, 2011

    Confirm

    Akhirnya saya mampu, sgt yakin dgn decision yg dah dibuat. Sebab sebelum ini walaupun excited terus accept Ireland. Jauh di sudut hati, ada juga berbolak-balik. Betul ke tak betul.

    2 days ago, Kak Zura called bagitau dapat interview Bristol. Dok bolak-balik, fikir nak pergi ke tak. Terasa macam rugi pula tak pergi. Tapi, let say if i get the offer.. still tak boleh eh? Tak tahulah. Once dah accept Ireland, kita tak boleh ke UK? Macam tamak pula kan. Haha

    Hari ini, dah hantar email kata, I would not attend the interview. 
    Ada member kata, bagi chance kat orang lain bila kita tolak interview(yg UK lah). Eh? Ye ke?
    Tak silap, UK uni biasanya around 20, definitely less than 30 places for international students. And students yg shortlisted for interview ramai juga~hundreds? 

    Macam tak percaya.. dapat 3 panggilan interview from UK uni. =)

    I do pray that my fellow medic friends semua akan dapat offer. 

    March 12, 2011

    Earthquake in Japan

    Someone said..

    "What will happen to Maria Ozawa?"

    Haha.. i know thats only a joke

    Google and finally know who's Maria Ozawa..

    She's really popular hmm?? Any boys here who dnt know her?
    If yes, give yourself a round of applause.

    But after reading this post maybe u will know her. sorry..

    March 5, 2011

    Husni Mubarak, Gaddafi & Yusuf Qardhawi

    Yusuf Qardhawi: Gaddafi patut dibunuh. Patutkah? 
    Apakah reaksi dan pandangan anda?

    Dia kacak kan? 
    Psstt... i have a few questions here..
    1. Macam mana nak jatuhkan pemimpin yg diktator?
    2. Is it possible only through election? (dah namanya diktator!)
    3. Macam mana kalau election tak berjaya, dok asyik dia je menang?
    4. Kalau pemimpin Islam tu memang kejam, bunuh ulama, rakyat, pro Amerika, menindas rakyat.. kita wajib ke patuh?
    5. Satu keganasankah bila kerajaan kejam nak dijatuhkan oleh rakyatnya?
    6. Gerakan menjatuhkan kerajaan kejam = ekstremis?
    7. Should we be proud when someone who's CLEARLY against Islam praised us as a good, "sederhana" muslim? Entah kenapa.. rasa janggal di situ.
    ANDA RASA?

    February 25, 2011

    Sekian Lama


    Assalamualaikum dan hello semua!
    Quite a long entry.. 

    Sekian lama tidak buka, tidak update, diprivatekan dgn sengaja. Sebab? Sebab aku ada penyakit addicted nak online. Bila aku buka blog, aku akan buka blog orang lain. Macam-macam blog yg tak terhad pada blog kawan-kawan, isu semasa..blablabla.. aku baca sehingga boleh sampai berjam-jam lamanya. Jadi dgn cara ini, aku dah lama tak buka blog sekaligus dapat mengurangkan kekerapan buka FB.

    Sebenarnya berniat nak meneruskan usaha menjauhi blog sehingga bulan May nanti. Tapi, mungkin akan ada beberapa kali update.. Mungkin. Tapi sgt jarang.

    Banyak sangat perkara baik (Alhamdulillah) dah berlaku.

    1. Tawaran dari IUMC
    Dgn syarat minimum AAB dan IELTS 6.5. Dan aku dengan konfidennya dua hari lepas dapat terus bagi keputusan... yeah, I accept! Nantikan kedatangan aku ke IRELAND!!! 
    Satu persepsi yg SALAH SAMA SEKALI sekiranya...
    • Anda fikir nak jadikan Ireland sbg backup plan if u dnt get any offer from UK uni. Sebab result  IUMC akan keluar      lebih awal dlm masa anda sedang menanti interview/offer dr UK. 
    • memandang rendah pd pilihan nak ke Ireland to do medicine
    It doesnt matter u study mana tapi yg paling penting adalah ur passion to be a doctor! If u think u r good enough bcoz u have degree from overseas, then think twice. Adakah pelajar perubatan di Mesir/ Malaysia/ India akan jadi doktor yg tak bagus dalam jangka masa 10 tahun selepas graduate? Adakah attitude seseorang doktor dlm berkomunikasi, teamwork bergantung 100% pada tempat anda belajar? It depends on the person itself! 

    Masa aku buat work experience di KPJ Specialist Hosp Seremban, (private hosp).. doktor-doktor pakar di situ masing-masing stdy di tempat lain-lain. Ada yg di Mesir. Then, now beliau dah jadi dr pakar! Sama level dgn dr pakar lain dari UK, Jordan dan lain-lain. 

    2. Menduduki exam IELTS
    Dgn ini, aku telah free block 4.

    3. Senior telah melepaskan jawatan
    Good news hmm??? so, tak perlu lagi kecoh-kecoh pasal house. Nak prepare itu ini. Tapi honestly, dgn terlibat benda-benda macam nilah, yg banyak memberi aku pengalaman dan kenangan.

    4. Results IELTS dah keluar hari ini!
    Overall 7.5. Bersyukur yg amat.. 

    5. Hanya perlu concentrate pada BIO, CHEM, MATHS
    Pastikan melepasi requirement.. poppp.. FLY! Bunyi macam senang je.
    Insyaallah.. jika tiada halangan lain. AMIN.

    Berikut adalah ulasan perkara-perkara yg berlaku di sekeliling aku kebelakangan ini

    Ooohh ya... we should really dnt mind at all if people ask us questions about bio, chem or maths.. Its a pleasure kalau dapat menolong. Berkongsi ilmu..
    Tapi, kalau kita nak score sesuatu atas dasar "mengambil kesempatan" atas usaha gigih orang lain. Contohnya dalam buat discussion, kita share tentang apa yg kita tahu. Tapi ada sorang member ni tak buat apa-apa research, tak usaha pun dan cuma dapatkan jawapan dari ahli lain. Thts not good. Usahalah sendiri! Its wrong if u considered that as "kedekut ilmu". In other words, seolah-olah kita yg pemalas nak berusaha.

    Ada style pakaian baru di KY sekarang! Iaitu MINI skirt. Wuhuuu.. Biasanya aku suka benda-benda yg mini nie, sebab comel! Contohnya key chain minibus yg comel, mini cupcakes, Minnie mouse . Jadi, mungkin mereka rasa dgn memakai sesuatu yg bersifatkan MINI maka mereka menjadi comel?! OOOOOOOOO...tidak! Mereka tidak comel, mereka HOT! Hot n spicy. Okay, jgn fikir bukan-bukan.

    Yeah, macam aku pula yg bernafsu bila tengok. Jujurlah beb, aku yg perempuan pun bila ada terpampang di depan biji mata nie ha, rasa nak tengok jugak. Esp bila skirt betul-betul paras punggung dan naik tangga. Then pakai legging, legging dahla stretchable. Boleh nampak warna dalam tu. Anda-anda tak mempunyai perasaan malu ke? Langsung?

    Memakai tudung yg tidak menutupi dada adalah satu kebiasaan. Memakai tudung tidak menutupi dada adalah satu ketidakbiasaan. Bukan bermaksud kita nak condemn, eh apahal lu tak cukup kain ke nak labuhkan ke dada? NO.. Thts a good start already. Tetapi yg menjadi masalahnya adalah bila kita sendiri merasakan diri sudah cukup bagus. Ini yg menyebabkan kita tak improve diri sendiri. Jujurnya la weyh.. mesti hampir semua orang pernah rasa macam tu. Bila ditegur, Eh, at least aku pakai tudung dari tak pakai???!!

    Apakah perasan anda sbg orang Islam tetapi orang lain boleh mempersoalkan keislaman anda? Maksud saya.. orang boleh terlepas cakap. EH, dia tu Islam ke? Laa....
    Its a big shame.. Im proud to be a muslim!

    Sebenarnya berdakwah ni memang sgt susah bukan? Berdakwah pada orang yg TAK pernah tahu tentang Islam adalah susah ? Right? Sebab kita nak memperkenal benda baru. Bagaimana pula berdakwah pada orang Islam yg tahu tentang Islam walaupun tidaklah sedalam mana tetapi basicnya ada tetapi masih ingkar, menutup serapat-rapatnya pintu hati dari menerima apa-apa?

    Lastly, saya meminta maaf pd siapa-siapa yg pernah terasa, rasa nak marah, nak hentam je bila baca apa saja entri atau pun secara peribadi. Till we meet again! Assalamualaikum!