December 24, 2010

U Follow Me, I Follow U


Hukhuk..
Ada orang kata... kalau dia follow blog kita, kita kena follow balik blog dia. EH?
Atau dia tinggalkan jejak kat shoutbox, maka kita kena follow dia balik. EH?
Atau kita follow blog dia, maka dia kena follow blog kita. EH?
Atau kita tinggalkan jejak kat shoutbox dia, maka dia kena follow kita. EH?

EH? Tak semestinyalah macam tu. Sukahati siapa-siapalah nak follow blog siapa dan sukahatila dialah nak memfollow semula atau tak. Hak individu tu.

Ada orang kata... kalau dia dah follow blog kita, kita tak follow balik macam sombong.

Aha.. Come on.. bilangan follower tak menandakan :
- blog anda kegemaran ramai
-  entri blog kita best dan ada nilai, best di sini bermaksud boleh memberi manfaat.. Bukan sekadar tangkap gambar sendiri banyak-banyak dgn mekap berinci-inci sambil buat muncung mulut
- kalau dia follow tapi tak baca pun blog kita.. buat apa?
- kalau dia rasa blog kita tak best, buat apa nak follow?

So, kita tidak perlulah desperate nak tambah bilangan follower. Mereka nak follow atau tak, sukahatila.
Dan ada saja orang yg suka baca tapi tak suka follow right? So, rileksla.. >_<
>_<

December 7, 2010

Jalan-jalan Bersama Miss US


Hai anda semua. Kali ini kita berjumpa pula dalam rancangan Jalan-jalan Bersama Miss US Razak. 


Disebabkan kuatnya pengaruh televisyen, maka kami sekeluarga teringin juga nak pergi makan cendol LEMAN DAWI. Alah, kau tak tau ke? Keluar Majalah 3.. Cendol Leman Dawi ni terletak betul-betul tepi jalan, along Seremban-Tampin trunk road. Masa aku datang tu awal pagi, mana ada orang nak melantak makan cendol pepagi beb. 

Apa yg special sangat? Rasa sedapla.. dan ada macam-macam jenis cendol disediakan. 

Dan yg paling SPECIAL adalah BOLEH TAMBAH beb! Wow.. tak percaya? Tengok gambar la..

Atas meja tu, dah ada bekas letak santan dgn benda hijau tu (tak tahu apa nama), ais, gula merah. Semua ada lah. FREE!! Dan ada juga air barli disediakan FREE. 
Okay. Nak tempah boleh, nombor spt yg tertera...


Lokasi kedua..

Kemudian, saya juga pergi makan di Restoran Ikan Bakar Terapung kat Kuala Sg Baru, Melaka.. Dah biasa sangat makan kat Umbai. Jadi, nak try makan kat sini pula. Komen saya, harga mahal sangat, tak sesedap Umbai la. Tapi yg menariknya.. aku jumpa spesies baru. Okay, mungkin aku saja tak pernah dengar. TADAAA... introducing SIPUT BULUH..

Namanya memang menggambarkan rupa luaran. Cangkerang dia macam buluh, panjang-panjang. Kami order sebab teruja dgn nama dia. Bila sampai, semua macam eksaited. Gayat sebentar. 

Masing-masing ambil jelah makan. Tiba-tiba adik aku kata, perasan tak rupa dia macam cacing sikit. Bila aku nak makan, letak dalam banyak-banyak nasi supaya tak rasa sangat. Sekali kunyah, kenyal gila.. Kenyal sikit dari sotong. Ditambah dgn adik aku yg tak habis-habis membuat persamaan siput buluh ini dgn haiwan lain buat aku tak selera nak makan dah. Ummi aku elok saja makan 4 ekor dah dengar macam-macam ulasan adik aku terus rasa loya tekak. 

Kalau budak BIO, korang tau tak FLATWORM? Aku tiba-tiba teringat dalam kertas soalan BIO aku ada gambar flatworm. Bezanya kalau flatworm dia lagi flatlah dan ada satu saja hujung berbentuk macam anak panah tu. Siput buluh ni ada dua.. Aku tak ada niat nak merendah-rendahkan martabat siput buluh atau nama lainnya siput pepahat/ambal. Mungkin ada orang yg suka makan, takpe.. teruskan. No offense. Just sharing my 1st experience makan siput buluh.. 
Tak dinafikan, sambal siput tu memang sedap... 


Gambar flatworm carilah sendiri, Aku tak sanggup nak tengok. Kembang tekak sekejap.. 
Baiklah, sekian rancangan Jalan-jalan Bersama Miss US Razak.
>_<

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum semua!!!
Saya mendoakan agar tahun baru ini, 1 Muharram 1432 H.. semoga kita semua

  • dilindungi Allah dari tipu daya syaitan
  • dikurniakan kesihatan fizikal, emosi jugak! Supaya kuat mengharungi dugaan akan datang
  • dipanjangkan dan diberkati usia 
  • dimurah rezeki oleh Allah SWT. Lagi-lagi, tahun ini merupakan penentu masa depan. Cewah.. lepas ke tidak A Level dgn jayanya??
  • ibubapa kita sihat, dapat melihat kejayaan anak-anak dia
  • rajin belajar
  • ilmu mudah masuk, fokus
  • dan macam-macam lagilah.. 
Dan buka cuti ini, aku ada interviews.. Dapat interview tidak bermakna dapat offer! macam mana nak prepare? Banyak kerja cuti ni, study tak habis lagi. REPEAT PAPER lagikan. HUA.. sapa soh kau tak belaja boto2 dari mulo lagi? Sapa soh kau minta perubatan? Kalau minta kos lainkan tak payah interview..

Mana boleh! Dah pilih medicine, maka hanya dia yg bertakhta di hati. Alang-alang genggam bara api biar sampai jadi arang. Dah sampai tahap ni, nak patah balik pun dah terlambat. Tak mainlah patah balik beb! MARA ke hadapan.. MARA mesti bangga dapat scholar macam aku.. 

Semoga urusan kita dipermudahkan tahun ini. Insyaallah..
>_<

December 2, 2010

Berakhirnya Sem Yg Tragik

Aku tak kisah orang tegur, tapi berbudilahkan. Jadi, kpd anda tu, saya ucapkan terima kasih. Ini terima kasih betul-betul, bukan sarkastik punya.
Aku pun dah lama tak buka blog. Jadi, lambat sikitla respon.
InsyaAllah.. aku sendiri sedang memperbaiki diri sendiri dari semasa ke semasa..

Aku nak cakap kat sini, aku tulis apa yg aku rasa, fikir. Maksudnya ini adalah blog peribadi yg bercampur aduk dgn kisah hidup aku yg taklah menarik sgt pun, pandangan, kritikan yg berasal dr kepala otak saya. Jadi, mungkin sebahagiannya atau sebahagian besarnya akan bertentangan, tak sependapat sgt korang. So, apa boleh buatkan. Setiap orang lain pandangannya.. Nak share, silakanlah..

End of sem dinner itu okay, sedap tapi tidaklah sebanyak makanan macam yang last last sem eh. Tak apalah, kurang pembaziran. Pada malam itu, dah macam buat karangan laporan pula.. saya rasa sangat terharu, sedih tengok video dan persembahan utk mengingati syazwan asyraf. Masa aku dengar dia dah pergi, aku dalam kereta Mas tumpang nak pergi stesen nak naik tren, balik rumah bercuti. Masa tu, aku seorang saja. Aku rasa aku macam tergamam, tak tahu nak bagi respons apa.

Dan aku tak pernah lagi menangis ke apa. Malam tu tiba2 rasa sayu pula. Aku sebenarnya sebelum ini tak rasa dia dah tiada, aku still rasa dia ada somewhere. Maybe sebab aku macam sangat  tidak percaya yg dia dah pergi, dalam keadaan yg mengejut dan terlalu tiba-tiba. Tentang Kita, lagu tu memang tangkap sayu betullah.

Aku masih simpan msg dari Syazwan, wish aku birthday! Bila baca balik, rasa kehilangan seorang sahabat yg sangat baik. Dan setiap kali online facebook, aku akan buka wall dia. Membaca semua ucapan orang lain post. Semua orang rindu kau kawan. Aku betul-betul harap kau bahagia, aman di dunia itu.

Sem ini juga kena panggil jumpa MR Azman. Whoaa..alah, perkara biasa. Yg tragiknya, aku masuk lambat sikit masa tu, budak MARA ramai dah ada. Aku pula bengapnya pergi jawab aku lambat pasal check email kt IT Lab. Well, aku tak jangkalah dia dok nak marah sangat hari tu, Mood swing kot. Tak sempatlah aku nak explain dgn lanjutnya kenapa aku check email dah kena tengking dah, siap campak kertas tunjuk sebab tu (ala, kertas nak bagi kat MARA) kat lantai. Uhhh... dah macam adegan cerita drama Indonesia yg orang kaya campak duit bila orang miskin nak pinjam. Hahaha..

Erm.. di sini, tidak berniat utk memburukkan siapa-siapa. My fault. Sepatutnya, cakap..
My application to University of Glasgow has some problems. I need to sent my UKCAT results immediately or my application will not be considered. Jadi, selepas dah hantar..saya check emaik utk memastikan mereka sudah dapat itu results dgn jayanya dan jika ada apa-apa masalah mereka nak apa2 lagi, hantar ke email. Itu sebab saya check email saya, (masa tu, kat chalet tak dapat internet okay!).

Thanks to kawan-kawan DIAMOND yg sangat happening. Kita memang BEST kan? JOM UNO Seround beb buka cuti ni!
EWD...

So, ini hanya satu entri yg membebel saja. >_<
and yeah.. BANGSAWAN CANCEL!! Wuhuuu..
its a good thing, thanks to our bad results??? yeke sebab tu?
>_<