November 17, 2010

Lagi ~TABARRUJ

>_<
Bertujuan utk memberi contoh, definisi yg lebih jelas.. 
Jadi, kaum lelaki anda pun ada peranan dan sahamnya kalau ada isteri, anak, sahabat begini..Ramai betul mak bapa yg bangga bila anak jadi artis bertudung, tak pun masuk majalah DARA. Bagi mereka, dah pakai tudung tu kira habis baguslah, bangga. Maka, dapatlah share saham DOSA bersama.. 
Sudah jelas apa itu Tabarruj??
Sambungan dari entri sebelumnya Stalk Blog Orang~TABARRUJ.. Nak lebih faham, rajin-rajinlah google..

Stalk Blog Orang ~ TABARRUJ

Hobi saya adalah STALK orang yg terdiri dari kawan-kawan, orang yg tak kenal, politicians, tak kiralah picture kat fb, blog atau apa2 jela. Terutamanya blog orang lain, secara random, menarik bila baca macam2 jenis blog terutamanya blog perempuan perasan lawa dalam erti kata lainnya obses dgn kecantikan diri sendiri sama ada memang nampak lawa sebenarnya atau biasa je atau tak lawa pun..

Manusia memang memandang kpd kecantikan luaran, tipu siapa kata tak langsung! Jadi blog mereka followers ribu-ribu walaupun entri penuh dgn gambar sendiri dan kisah hidup mereka sendiri. Yg dah kahwin pun ada! Isk.. suami dia tak marah pula tu tengok isteri dia tergedik. Ada yg bila orang tegur kata dia obses dgn diri sendiri marah! HAHAHA.. Ayatnya seperti berikut:
~ hari ni caye pergi tengok wayang dgn kengkawan. tgok cite antu, seram sgt!....
~ tgok! hari ni kita beli brang kat butik TUT. chantek tak?
~ gocok-gocok mata xcaye
~ ada owang kate muke kite mcm artis TUT bile senyum. hihihi
Aku rimas betul baca ejaaan macam ni!Lagi satu gelak HIHIHI. entah, aku rasa macam gedik.
Tapi bila blog yg sama spesies macam ni juga yg ownernya tak lawa, followers tak ramai pun. Ala.. kesian die. Itu blog dia, blog peribadi,jadi sukahatila diala kan nak tulis pasal apa? Betul tu..
Tapi.... 

1.Menunjuk-nunjuk kecantikan adalah haram


Pernah dengar TABARRUJ? Mengikut Al-Bukhari ia bermaksud apabila perempuan menunjuk-nunjuk kecantikan paras rupanya. Satu lagi pendapat, seorang wanita yg menampakkan perhiasan & kecantikannya serta terlihat bahagian-bahagian yg wajib ditutup utk memancing lelaki.
Surah Al-Ahzab, ayat 33:
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.

Tudung Bonggol Unta
Tetapi bukanla maksudnya tak boleh pakai pakaian baju kurung colour merah, kuning, corak-corak bunga dan sebagainya.Tabarruj ini terjadi jika pakaian itu tidak bersesesuaian dgn budaya, keadaan masyarakat tapi kalau dah memang tak tutup aurat confirmlah haram. Jadi, baju kurung bercorak bunga, colour2 bolehlah di Malaysia sebab lelaki sini memang dah biasa tengok perempuan berpakaian begitu. Yg jadi tak bolehnya bila pakaian itu terlalu menarik perhatian, OVER bagi masyarakat di tempat itu. Kalau orang di tempat X ni memang pakai baju warna gelap sahaja, maka perempuan yg pakai baju colour terang dah tentunya menarik perhatian lelaki lain. Islam tak menghalang wanita nak kelihatan cantik dgn niat yg betul spt utk suami. Asal nampak bersih, kemas dahla.

Perhiasan pula, boleh yg zahir saja. Macam cincin, gelang memang dah jadi kebiasaan masyarakat sini pakai, tapi agak-agak lah, bukan utk menunjuk. Dan ada ayat yg mengharamkan wanita menghentakkan kaki utk menunjuk perhiasan yg ada di sebaliknya. So, kalau yg berloceng tu tak payahla pakai, kalau tak hentak pun, confirm time jalan dengar. Loceng tu macam doraemon je. Lagi satu letak rantai besar gedabak kat leher yg tjuntai sampai dada, elok-elok takde benda nampak dah ada.

Pakai high heels? Apa tujuan apakai high heels sebenarnya? Hukumnya haram ke? Fikirlah sendiri berdasarkan apa yg tertulis di atas.

2. Setakat nak tunjuk barang apa beli time pergi shopping, alamak aii.. baik tengok katalog je.
3. Pakai tudung lepas tu, promote beli tudung bonggol unta. Adoi, kan dah dapat saham tu bila ada orang perempuan lain yg terpengaruh nak beli tudung bonggol unta yg kau jual tu.
4. Tulis dialog pasal malam tadi gaduh dgn bf.


well, aku tak nak masuk campur pasal tu, nak cerita pun agak-agak lah. Kalau sekadar nak tulis itu je, baik buat blog jadi private, just open to invited readers only. Tak pun kau tulislah diari okay? Better, dari nak mengebohkan benda-benda macam tu. Lepas tu, tulis kat tepi corner, tak suka baca blog ni, sila get lost. Yg kau tulis merapu, semua pasal lovey dovey kau watpe? Blog adalah utk dibaca umum, bagilah benda yg berfaedah sikit. Haisyy.. kalau dah kahwin, lagilah tak sopan nak cerita semua.

Aii.. nak bercinta tak payahla cerita dialog sekali. Nasib baik sebab cantik so takde orang kutuk dia. Cuba muka tak lawa, mesti kena kutuk..

So, sahabat saya di luar sana.. saya cakap sebab sy sayang, bukan nak mengutuk je.
>_<

Jgn Lebih, Jgn Kurang


Orang perempuan sinonim dgn Kebimbangan terhadap berat badan. Bagus tu, kita tahu nak jaga kesihatan. Eh, jaga kesihatan ke? OR kecantikan? Kalau memang dah terang-terangan, banyak FAT, wajarla dikurangkan seadanya. Tapi kalau dah nampak elok molek je, tak nampak apa-apa pun, tak payahlah nak kurangkan lagi.

Sebenarnya tahap kekurusan mana yg diharapkan dan diimpikan? Aku pun tak tahu. Nak jadi macam model ke? Yg model tu, tu bukan kurus, tu namanya KERING. Entah, bagi pandangan mata aku, tak cantik pun, macam tulang bergerak sendiri je. 

Dan janganlah percaya sangat kat BMI tu. BMI tu adalah measurement that only considered your height and weight. So, it doesnt take into account your body fat percentage. Based on artikel yg aku baca, oleh Dr Kenneth Cooper (founder of Cooper Aerobics Center), its better to be quite fat but fit than thin but unfit and BMI is not the best way. Tapi boleh jadi satu guideline saja.. 

Macam Erna ni kan, dia kalau kira BMI underweight.. Tapi kalau dia tambah berat badan, tak rasa tak sesuai ke dgn dia? Yg penting FIT, SIHAT..



Jadi, kalau badan dah okay tu, amalkan pemakanan yg sihat
Kurangkan pengambilan gula, minyak.. Sayuran dan buah-buahan makan
Senang cerita, amalkan pengambilan yg sederhana saja!
Dan juga bersenam, bersukan okay!

Tak larat nak joging, main badminton ke tiap2 hari kan.. >_<
Jgn Lebih, Jgn Kurang okay!

November 14, 2010

Tak Payahla OBSES

Ramai sangat sekarang ini, tak kisahlah baik budak perempuan, budak lelaki, remaja lelaki/perempuan, bapak-bapak, pakcik pun ada yang sukalah sangat, mengagungkan artis-artis khususnya artis perempuanlah kan. Tiada kaitan pula aku nak jealous sebab mereka lebih cantik, famous dan sebagainya.

Sebab bosan, Aku stalk page-page artis nie, dan ada baca banyak sangat komen orang-orang yang obses, jahil dan buta.


Contoh Situasi:

Kononnya nak membela, backuplah artis kesayangan awak yg tak bertudung dan seksi tu. Alahai, betapa jahilnya tapi nak berlagak macamlah tahu sangat. Mempersendakan Allah?
Masa kecil-kecil dulu, ada budak-budak kecil ni suka sangat nak pakai tudung? Rimas nak pakai tudung, tapi sebab ummi ayah suruh, ikut jelah. Tapi akhirnya kita fahamlah kenapakan.

Komen 1: Jawapan aku ye tolol..
Kau ni agama apa? Pakai tudung ke tak, tak penting? waduh, ayat first dah salah. Siapa kata pakai tudung tak penting pakcik oi? Yang Allah dok tekankan hukum tutup aurat tu apa benda? Tak tutup aurat, tak pakai tudung, apa dosa dia? Bagi setiap helaian rambut yang nampak itu bagi setiap mata lelaki yang memandang?

Pandai jaga maruah, personaliti dan agama.
Artis ini bukan sekadar tak bertudung tapi baju ketat2 semua. Itu dah dikira menjaga maruah ke? menjaga personaliti ke? menjaga agama ke? Cakap macam orang jahil betul.

Alasan biasa orang yang nak meringankan suruhan bertudung adalah tak semstinya orang yang pakai tudung itu baik sikapnya, yang penting hati baik.
Pakcik, pakai tudung dan mengamalkan sikap baik, akhlak baik adalah berbeza. Memang betul kenyataan tu, tak salah langsung. Orang yang pakai tudung, dia dah sempurna satu aspek iaitu menutup rambut bukan aurat ye. Orang yang tak pakai tudung dengan hati baik, bab rambut yang terdedah masih berdosa bukan. Yang penting hati baik? kalau hati baik tapi aurat KO, apa guna?
jadi tolong jangan mempergunakan alasan bodoh la nak menghalalkan sesuatu yg haram.

Jadi adakah meringan-ringankan suruhan bertudung dan menutup aurat itu tidak dikira sebagai mempersendakan hukum Allah s.w.t? Mana lagi ketara, mana lagi gerenti dapat dosa?
Tentulah tak pakai tudung, dah namanya tak pakai, confirm2la dapat dosa bagi setiap helaian rambut yang dilihat oleh semua die hard fan korang yang sangat supportive tu. Kalau terpaksa pakai sekalipun, masih tertutup bukan rambut? Aku tak fikir itu mempersendakan hukum Allah.

Contoh solat, berapa ramai yang solat sebab cinta, sayang pada Allah? Aku sendiri susah nak capai tahap itu, selalu kita buat sesuatu sebab kita TAKUT akan hukuman Allah. Kan ada beberapa tahap iman, yang paling LOW, sebab kita TAKUT pada hukuman Allah. Ingat kalau tiada hukuman, ramai ke manusia yang nak buat suruhan dan tinggalkan larangan Allah? Maksudnya kita kena buat,paksa buat sebab ada hukuman yang menanti bukan. Jadi, kita buat sebab kita TAKUT, hampir sama seperti kita PAKSA diri kita buat sebab tak nak masuk neraka, tak nak dapat dosa, tak nak kena gigit ular besar, dan siksaan yang dahsyat-dahsyat. Berapa ramai orang yang buat sebab CINTA dan SYG pada Allah?? Orang yang meringankan hukum Allah lah yang mempersendakannya.Apalah masalah korang yang obses sangat ni?

La ikrahafiddin. Maksudnya tiada paksaan dalam Islam. Maksudnya tiada paksaan nak menganut agama Islam tapi once kau bergelar Muslim, kau WAJIB ikut semua yang diperintahkan dan WAJIB tinggalkan apa yang dilarang. Kau KENA BUAT, tak buat, AMEK balasan kau.

Aku tak kisah nak  minat, minatlah. tapi tak payahle nak backup macam tu sekali. Dah memang dia salahla weyh, betulla orang tu kata kalau dia pakai tudung lagi bagus yang kau beria sangat apahal, bukannya dia maki hamun artis kesayangan kau pun. Adoii.. manusia sekarang..

Artis memang merosakkan agama dan bangsa...

>_<

November 4, 2010

Akhirnya Kau Pergi

Bosanla kelas, asyik-asyik muka kau je..
Tulah..asyik-asyik muka kau je.
Eh.. tahun ni dah kurang tengok muka kaula, sama kelas Chem je.

Siapa sangka tahun ni dia dah tiada?
Siapa sangka dia pergi secara tiba-tiba?

Kali terakhir aku tengok dia dalam keadaan masih boleh bergerak ialah masa marathon,
Dia potong aku, aku ingat nak sapa ke. Tapi tengok dia semangat je lari.

Serius..ini adalah pengalaman kali pertama aku ada kawan yg aku rasa pernah berborak, lepak sama, makan kat cafe yg dah meninggal dunia.

Aku rasa seram sejuk mengenangkan bila pula masa aku akan pergi? Aku dah bersediakah? Dan aku rasa sgt takut memikirkan bagaimana nanti aku di dalam ruang gelap di bawah tanah bersendirian dan selepas dikebumikan. Tiba-tiba tadi aku masih gembira, gelak ketawa bersama kawan, family tiba-tiba aku tersedar di alam lain yang berbeza. Teringat lagu Meniti Alam Barzakh.Lagu ni memang sangat tepat dalam menceritakan bagaimana perasaan kalau kita dah melangkah masuk ke alam barzakh.

Dan sekarang salah seorang sahabatku, Syazwan Asyraf akan menempuhi alam barzakh dan akan melalui semua itu. Ya Allah.. kau ampunkanlah dosa-dosanya, kau limpahkan rahmatMu ke atas rohnya, kau lapangkan kuburnya, ringankan siksaannya, tempatkan dia dalam golongan orang yang mendapat belas kasihanMu..
Maafkan aku.. tak dapat pergi rumah kau utk majlis pengebumian. Aku tak nak balik, sampai tadi pun nak balik teragak-agak lagi, tapi akhirnya balik jugak..
=(