October 28, 2010

JIKA TAK

Jika tak boleh... katakan tak boleh!
Jangan bagi alasan yang merepek

Jika malas katakan MALAS!
Jangan bagi alasan tiada masa

Jika tak mampu nak buat katakan tak mampu
Jangan bagi alasan aku cuba, aku usaha, tengokla dulu

Jika salah, katakan maaf..
Jangan bagi alasan yang bodoh

Jika tak suka, cakap
Jangan buat muka

>_<

October 21, 2010

Leggings?

What's the point wearing tudung with leggings? and also not wearing tudung but with leggings.
Leggings ARE NOT PANTS!
At least, walaupun still masih tak sempurna tutup aurat, pakai jeans yang agak fit (bukannya melampau fit) pun kira lebih baik kalaulah korang dah terdesak , desperate sangat nak tunjuk bentuk kaki yang cun melecun tu. leggings are mean for people yang tak nak pakai seluar tetapi nak cover sikit macam pakai seluar. Direct to the point, anda sebenarnya tak pakai seluar langsung.

" akan ada di kalangan umatku di akhir zaman yang berpakaian tetapi telanjang"

Mempermainkan hukum Islam dengan menghalalkan, membenarkan sesuatu yang haram dengan cara membuat yang haram kelihatan seolah-olah halal, boleh. Ada saja yang tak pakai tudung tapi masih mampu pakai baju yang longgar, itu memang spesies yang hampir pupus. Spesies yang makin bertambah adalah suka pakai baju pelik-pelik yang tak tutup aurat.

Kadang-kadang nampak kelakar bila tengok sesetengah gaya baju. Tapi sebab aku sedar diri aku yang sebenarnya tak ikut trend, maka diam saja. Kalau ditegur, dikata aku yang ketinggalan. Sangat kasihan dengan orang yang jadi mangsa fesyen. Siapa yang menentukan fesyen itu cantik? Media, pengeluar dan artis Islam yang tak guna. Mereka pun promote, suruh orang bukan Islam pakai time fashion show. Tersebar dalam kalangan orang Islam, orang Islam pun "bijak",
" eh, nampak cantik pakai leggings la. ni latest fashion."
ada terbaca discussions orang jahil tentang pakai leggings...
"berkenan sangat tengok orang pakai leggings nampak ikut latest trend."
aah.. kau ikutlah trend, esok kat akhirat. Jawabla.. saya pakai macam tu sebab nak ikut trend.
Gerenti habis bernas ah alasan tu.

Sekian..
oh, jgn lupa. Kalau pakai leggings ni sesuai sangat pakai blouse then, pakai belt kat pinggang. nampak kerampingan pinggang dan ketimbulan dada..
Itu dia slot fesyen kita hari ini..

>_<

October 2, 2010

MUN

*Cerita karut je!

Itu salah Mun sendiri
Takpalah..
at least, Mun belajar dari kesalahan kan
Mun juga belajar tentang kelakuan manusia yang macam-macam

Mun belajar bersabar
Tapi Mun dah banyak kali buat kesalahan yang sama
walaupun Mun dapat juga bertahan dlm suatu jangka masa
Takpalah..

Mun tak suka dan Mun rasa tak patut Mun buat 
Tu sebab Mun rasa macam nak marah, bosan bila dia buat macam tu
Kalau kadang-kadang Mun ikutkan juga
Tapi dalam hati, Mun rasa berdosa, rasa bersalah 
bersalah pada ibubapa khususnya
Hati Mun rasa tak tenang

Cakap mudah..
Tapi hanya Mun yang faham
Diri Mun rasa terhina
bila diberi kata-kata macam tu

Itulah.. Mun degil
tak nak dengar cakap orang tua-tua
jangan percaya
mereka ni semua tak guna ja