September 29, 2010

Apa Cerita kat KY?

Managed to deactivate facebook for 1 week.. Kejayaan besar!
With the help of.... tak dapat internet di KY

Activate semula sebab semata-mata nak MAS upload gambar-gambar masa BORIA DIAMOND yang memang best gila. Pembetulan sikit, activate sebab nak MAS tag gambar aku.

Boria Memang BEST.. tak menang the first place pun tak apa. Kita kalah bermaruah okay
dan bagi aku, Boria Diamond memang best compared to others. maybe ada certain kriteria lain yang dikehendaki juri yang ada pada house yang menang. Tapi the most enjoyable boria is DIAMOND

Aku ada satu masalah besar nak deactivate facebook sebab..
aku sayang nak tinggalkan game yang aku dah main hingga dapat top 10 ranking seperti Hotel City, Restaurant City dan Country Story. Top 5 kot.. Hebat kan.
Aku rasa macam ruginya kalau ada orang lain mengatasi level aku sebab aku dah lama tinggal bila tak online. Bila fikir semula, memang aku rasa bodoh juga.

LEGA...
Bila UCAS dah siap hantar, kalau ada corrections tak tahulah
PS dah siap
Malaysian Studies Folio dah hantar
Presentation Malaysian Studies dah selesai ~ group first tu~

Coming...
Semester EXAM..

Kesimpulan..
Hidup di KY memang sentiasa Busy, selesai satu hal, datang satu hal lagi.
kalau mahu semata-mata study saja, maka KY memang bukan tempat yang sesuai KOT
Dan akhirnya kembali BUSY semula..

September 20, 2010

UK + CAT


Is this UKCAT?

Naaa.. ukcat is a type of exam
specifically an admission test required by most of medical school
at UK


September 11, 2010

Balik Dari Beraya

Kalau hari itu, aku tulis pasal Balik Raya, kali ini pasal Balik Dari Beraya..

Hari raya kedua tengah hari aku dah balik dan sampai ke rumah. Tak payah rasa takjub, kampung halaman belah umi, ayah, dua-dua di Melaka, dalam daerah yang sama. Senang betul hidup.
Jadi, kalau nak senang, cari jodoh dekat-dekat saja.

Dan lebih baik lagi yang masa kahwin memang dah yatim piatu. Maka, tak payah gaduh-gaduh hari raya pertama nak balik bermalam rumah siapa, sebab mestilah didahulukan yang masih ada orang tua.
Hari raya pertama, aku pergi beraya dua-dua kampung. So, adil kan.. Dua-dua kampung pergi raya pertama..tak habis rayau, sambung raya kedua.
Korang semua mesti tak dapat macam tu.. haha..

Dan sememangnya rasa sangat bersyukur sebab umi, ayah dipertemukan. tak sanggup nak balik beraya mengharungi segala macam kepayahan, kesesakan, dan sebagainya. Lebih jauh, lebih tinggi risiko kemalangan tahu. Bukanla tiada risiko langsung, tapi lebih tinggi. Tol tak payah bayar, masa pun jimat.

Petang ini saudara nak datang beraya.. jadi, sebagai anak tunggal perempuan.. saya pun kenalah membantu menyiapkan apa yang patut..

September 9, 2010

"Bakering Day"

My first kek lapis.. taking hours!!!

See.. with prunes..
the black thing=prunes..
tapi colour tak menyerlahlah, tak baik letak pewarna banyak-banyak tahu.
HOHO..

aku rasa macam kek ni comel betul.. geram aku!

anyway, sekali lagi.. selamat hari raya..
ampun dan maaf saya pinta..

September 3, 2010

Anak Gadisku

Suria dibesarkan dalam keluarga yang sangat mewah. Sebut saja nama bapanya Datuk Mat pasti semua orang kenal. Silap-silap boleh mengundang bahaya maklum saja perompak sekarang sudah pandai menculik anak gadis jutawan untuk dibuat tebusan tambahan pula dengan rupa paras Suria yang rupawan tersebut. Ramai saja jejaka yang tergila-gilakannya. Walaupun Suria berdegil, berkeras tidak mahu memilih seorang pun di antara mereka sebagai kekasih hatinya tetapi dia masih saja tetap melayan mereka lebih dari kawan biasa hubungannya. Bila dipersoalkan, Suria hanya menjawab, Suria dan dia hanya berteman baik saja. Alah.. seperti lagu Ratu itu. Teman tapi Mesra begitu. Hingga terdengar gosip-gosip dari makcik-makcik kampung tentang sikapnya itu.

 "Alah.. macamlah tidak punya gadis di kampung ini yang baik-baik untuk dijadikan sahabat. Mengapa harusnya dengan lelaki juga?"
"Isy.. mungkin lelaki itu lebih memahami dia.." kata Mak Eton cuba menyebelahi Suria. Maklum saja dia itu bibiknya di rumah Suria pastilah dia khuatir kehilangan kerja jika ada desas-desus mengatakan dia tidak menyenangi sikap Suria itu.
"Tiada alasan lagi. Bukankah wanita dan lelaki itu hanya berhubungannya bila perlu. Sedangkan untuk belajar contohnya memahami hukum menutup aurat pun lebih baik kita memilih guru dari kalangan wanita, jika tiada yang berkemampuan untuk menerangkan.. barulah dicari yang lelaki." balas Mak Timah. 

" Eh.. Eton.. apa yang kau buat di rumah orang kaya itu?"
     " Aku membersihkan rumah, memasak.. "
"Oh.. kalau begitu itu ahli keluarga perempuan di rumahnya buat apa pula?"
      "Mereka selalu keluar pergi membeli belah, atau hanya duduk-duduk sesama mereka'
"Wah.. senangnya hidup semua benda dah ada orang yang buat."
      "Aku cukup tak setuju sebenarnya membiasakan anak-anak dengan cara macam ini. Aku pun punya bibik di rumah. Tapi aku selalu bersama anak-anak setiap hujung minggu mengemas bersama. Bukan apa, aku tak mahu mereka membesar dengan tiada kemahiran hendak meneruskan hidup ni."
"Kau pun boleh tahan kaya Siti. Kemahiran meneruskan hidup buat apa? zaman sekarang ada duit, semua jalan lah.. "
     "'Aku tak mahu anak-anak aku tak tahu nak mengemas, mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagaimana mereka nak teruskan hidup dengan selesa tanpa orang gaji? Tak patut mengharapkan orang gaji saja. Bagi aku, yang paling penting dalam mendidik anak selain dari ilmu agama ialah mengajarnya berdikari."
"Betul kata kau Siti. Kalau anak kita dapat ke luar negara, tak kan kita mahu hantar orang gaji sama kan?"
"Hidup senang takkan mengajar seseorang jadi orang yg berjaya.. Cuba kau tengok, orang yang betul-betul berjaya, macam businessman.. Mesti dah banyak kali jatuh, muflis tapi bangkit semula."
"Dengan hidup susah, mengajar kita erti kehidupan, barulah kita tahu nak menghargai setiap apa yang kita ada sebab kita tahu payahnya nak mendapatkannya."

"Eh.. aku lupa aku tak masak nasi lagi di rumah Datuk. nanti apa pula mereka nak makan. Bukannya tahu memasak semua tu.. aku pulang dulu ya", kata Eton..
Yalah Eton..

September 1, 2010

Wanita!

Saya tak kata diri sempurna sebab saya sendiri masih dalam proses memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Proses memperbaiki diri kita akan sentiasa berjalan hinggalah kita mati bukan? Lainlah kalau memang dah degil, tak sedar diri dan tak mahu berubah, dan cuma bagi alasan basi, stp manusia ada kelemahan masing-masing, bila menerima teguran, kritikan dari orang lain.

Mungkin ramai yg bosan bila bab aurat ini diutarakan. Tapi, ini bab yg sangat penting dlm menentukan kukuh atau tidak umat Islam. Mengapa? Sebab wanita ini adalah bakal ibu. Ibu yg baik, solehah akan INSYAALLAH melahirkan zuriat yg soleh, solehah seterusnya mengurangkan gejala SOsial, keruntuhan akhlak yg melanda remaja Islam sekarang ini.

Tak percaya? Okay. Kita mulakan dgn wanita yg berpakaian ala kadar saja tutupnya. Dan kalau dia tetap tidak berubah, tetap tidak mempunyai kefahaman yg sebenar-benarnya mengapa perlunya wanita menutup aurat hingga mendirikan rumah tangga. Apa anda fikir dia akan mentarbiyah, mendidik anak gadisnya utk menutup aurat? Pasti dia tak kisah..katanya, terpulang pada anak gadisnya, itu pilihan dia. Dah dapat hidayah pakailah tudungkan.

Monolog dalaman ibu tersebut..
Macam aku ni, dah berkahwin (badan dah naik) baru pakai tudung or barulah tahu bahasa nak pakai baju yg besar sebab tak mahu nampak perut yg menggeleber, yg buncit selepas bersalin. Itulah badan time cantik nak tunjuk. Werkk. suami, lelaki dayus saja yg benarkan isterinya menunjukkan aurat, bentuk badan sbg tontonan umum.

Bila si gadis membesar, dia juga tidak menutup aurat dgn baik. Bertudung tapi tshirt, jeans, seluar ketat. Itulah fesyen gadis remaja zaman kini. Dan saya yakin kebanyakan mereka SANGKAKAN mereka cukup baik, dah cukup bagus, dah cukup menutup aurat sebab memakai tudung.

Bila aurat dah terdedah, adakah si budak lelaki yg juga semakin meningkat remaja dapat membesar dlm suasana yg menyuburkan pelaksanaan Islam dgn dikelilingi perempuan tak tahu malu spt ini? Maaf.. setahu saya gadis memang dikurniakan Allah sifat malu yg menebal. So, bila dah jadi macam sekarang ini, saya pun rasa confuse. Adakah lelaki lebih pemalu dr wanita? Sebab baju lelaki besar, labuh lebih mudah dijumpai berbanding baju wanita.

Dapatkah suasana spt ini melahirkan tahfiz? Kita memerlukan tahfiz dlm sesebuah masyarakat Islam. Seorang tahfiz iitu bagi memantapkan daya penghafalannya, bukan saja perlu menjaga sumber makan minumnya malah pandangan dari perkara maksiat. Contoh mudah di bulan puasa, puasa itu ertinya apa? Bukan sekadar menahan makan minum, malah juga pandangan bukan? jadi, kekerapan melihat aurat wanita itu bukankah memberi kesan yg tak baik? Melalaikan, mendorong kpd gejala SOsial yg makin tenat. Hal ini bukan sekadar utk tahfiz juga malah utk semua umat Islam. Jika mata terlalu kerap melihat maksiat, tidakkan hati boleh menjadi hitam, gelap dan akhirnya terjebak sama?

Mulalah lelaki pandai nak mengurat wanita. Kemudian, terlanjur, berzina. Jika tidak pun, sudah bersentuhan sebelum memiliki apa-apa ikatan yg sah. Lahirlah golongan yg tidak kisah langsung utk bersentuhan sesama berlainan jantina. Golongan ini kemudiannya menikah. Adakah mereka dapat membentuk satu keluarga yg dibina berdasarkan prinsip Islam? Adakah satu perkahwinan yg dibina dari asasnya yg termasuk maksiat spt yg saya katakan tadi contohnya sudah bersentuhan sebelum berkahwin itu rumah tangganya akan diberkati, dilimpahkan rahmat oleh Allah? Jadi adalah satu perkara yg salah jika alasan ini diberi, tidak mengapa saya sentuh dia kerana lambat-laun kami akan berkahwin juga, kami serius. Bagaimana rumah tangga mahu aman kerana asasnya dari perkara yg dilarang Allah?

Wanita ini pula akan mendidik anaknya spt mana fahamannya yg cetek tentang Islam. Nah, adakah zuriat yg soleh, solehah dapat dilahirkan?

Ya. mungkin anda boleh kata wanita itu mungkin akan berubah, anak gadis itu akan menerima ajaran agama Islam di sekolah dan mungkin dia akan berubah. Benar, tetapi peratusannya lebih rendah. Bukankah lebih bagus jika dari awal,sejak kecil sudah dikukuhkan perasaan cinta, takut kpd Allah. Maka, semua hal keruntuhan akhlak ini tidak akan terjadi bukan?

Dan adakah rata-rata gadis remaja yg seksi di luar sana tak belajar subjek pendidikan agama Islam di sekolah? Jawapannya mudah.. mereka belajar tanpa penghayatan, tanpa kefahaman. Ibu bapalah yg mencorakkan anak-anak bukan. Anak lahir spt kain putih bersih. Pernahkah anda baca? Tingkah laku, sikap anak itu apabila meningkat dewasa banyak dipengaruhi pada cara dia dibesarkan kerana pada usia kanak-kanaklah dia paling cepat belajar, dia menerima saja apa yg diberitahu, ditunjukkan.

Anda pun jawab.. ada saja orang yg mula-mulanya baik tapi akhirnya buka tudung dan ada saja yg mula-mulanya tak menutup aurat kemudian berubah. Ya.. benar. Tapi, sekali lagi saya tegaskan di sini, bukankah lebih baik jika dari kecil sudah dipupuk kefahaman, penghayatan Islam ke dalam diri. Dilentur buluh biarlah dari rebungnya bukan? Jika penghayatan agama itu benar-benar sudah dipupuk kukuh, InsyaAllah kurangnya masalah spt hari ini. Buang bayi, rogol, zina dan sebagainya. Takkan sudah terlanjur, sudah terkena baru mahu insaf? Mencegah dari awal itu lebih baik dari merawat.

Jadi besar bukan peranan wanita? Wanita yg baik akan melahirkan umat Islam yg baik.
Justeru, tolonglah, saya merayu saudari muslimahku, tutuplah auratmu, malahan bukan sekadar aurat tapi perbaikilah akhlak kita.. Kita punya peranan penting dlm mencorakkan bagaimana masyarakat Islam kita. Rosaknya wanita, akan rosaklah lelaki.

Sesungguhnya Rasulullah mengingatkan bahawa selain dari fitnah Dajjal, wanita adalah fitnah besar bagi lelaki. Kita yg mendorong lelaki bertindak sedemikian, dan kemudian menuding jari kpd lelaki semata-mata. Maka, kanak-kanak perempuan yg masih kecil, gadis yg menutup aurat menjadi mangsa memuaskan nafsu lelaki yg buas.

Seolah-olah, anda membiarkan saja pintu rumah terbuka tanpa dikunci rapi dan kemudian apabila pencuri masuk anda menjerit meminta tolong. Begitu bukan? Mempamerkan kecantikan tubuh yg sewajarnya disimpan, ditutup rapi hanya buat suami.. tetapi bila lelaki yg melihat cantiknya anda ingin menyentuh, lantas berlakunya rogol, zina, anda hanya menyalahkan lelaki 100%. Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan dgn berpakaian seksi anda sebenarnya telah melakukan gangguan seksual kpd lelaki!

Ini dikira menutup auratkah? Anda fikirkanlah.. Apakah definisi aurat yg sebenarnya?
Aurat itu bukan sekadar bertudung!! Menutupi seluruh badan, tidak menampakkan langsung bentuk tubuh badan, tidak jarang, tidak ketat. Mengapa,dan apa yg terlalu susahnya memakai baju yg longgar?
Ada sesiapa punya jawapan utk itu?




Sekadar utk dikongsi bersama..

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Tidak teringinkah kita,wanita Islam mengecapi nikmat ganjaran sedemikian rupa?
Apakah yg terlalu susahnya buat kita menutupi aurat?
Mengapakah terlalu bangga mempamerkan tubuh masing-masing?
Mana hilangnya perasaan malu, takut pada Allah?