July 31, 2010

Suam2 Suku

Hari ini saya telah belajar satu peribahasa baru dr chalemate tsyg..
Bak kata beliau, suam-suam suku..
Berdasarkan pengakuan ikhlas dan jujur dr beliau,
selama hayatnya hingga kini berusia 19 tahun,,
beliau terus hidup dgn "suam2 suku"nya
nasib baik time SPM dulu tak da section khas utk peribahasa kan?

Kenapa kita panggil suam2 kuku?
kenapa tak suam2 jari ka, suam2 tangan?
siapa2 tau?

KUKU begini masih dikira suamkah?
Kalau kita ikut logik beliau..
suam2 suku..
sebab dia suam2 sikit setakat suku ja..
betul jugak tu.. asl suam2 kuku ek?
aku pun pelik lah..
mungkin sebab dia amik aktuari sains.
maka, dia lebih memntingkn sesuatu perkiraan, logik?
haha.. thanks erna krna mbuat aku gelak berdekah2 ini malam..
dn juga maisarah serta nabila krna mjamu aku dgn yong tau fu hingga kenyang GIRLEW..

Aktiviti Hujung Minggu


kalau long weekend best kat KY nie, sebab tak da kelas hari sabtu..
dan jugak ramai yg balik.
best ke bila ramai yg balik?
ada best ada tak..

Hari jumaat petang ingat nak study.
tapi dah terpengaruh dgn internet jadi tak kesampaian hajat ku itu..
malam pulak dah kenyang makan kat dining hall..
order burger pulak.
erna la yg mempengaruhi aku nih..
da terlebih kenyang, mata rasa berat..
bak kata pepatah... gendang perut tali kecapi, kenyang perut sukahati
cam tak berapa betul. tak kisahla

mmg sumpah sikit gila org kat KY
smpai masa lunch akak DH tu tanya
"Eh.. dik.. mmg ramai sgt ke yg xda kat kolej nie?"

sbg penunggu kolej yg setia, aku tak keluar pun..
hari sabtu.. selepas tido berjam-jam.
kerja seterusnya ialah basuh baju..
kat KY ni merupakan tempat paling tak best utk basuh baju
sebab..
1, air kat toilet ni selow betul.. nak tggu tadah satu baldi tu punya la lembab..
2. baldi yg disediakan sikit sgt.. tak muat. dahla baju seminggu punya pakai..
3. tempat basuh baju takda.. tpksa guna bahagian dua singki yg sempit tu
5. rendam sekejap pun dah busuk air
4. ampaian sidai baju tak cukup, hanger pun xla banyak sgt nak gantung baju
kalau dah semua serentak chalemates basuh baju, memang tak cukup tempat
tp tulah untungnya dpt chalemates yg suka balik nih..>_<
tp, skg ampaian baju dah terlebih cukup. sebab dah "pinjam" sekejap chalet point 5 punya

bila hujung minggu nak duduk dgn selesa dan gembira di chalet..
tp chalet- common room, punyalah sepah.. bilik okay. chalet ja
mungkin masing2 busy..
dah masing2 nak balik rumah, siapa yg nak kemas?

mcm nilah lebih kurang lantai chalet gue
jadi sy secara solo tanpa berduet mahu pun berkumpulan..
hari ini dgn jayanya telah mengemas, mengemop, mengelap dan lain2nya seluruh chalet tolak bilik2 chalemate ja..
so.. u all my chalemates bhutang dgn I la k kiranya for the next week..
xcaya?? tanya pika sbg saksi yg berada di tempat kejadian..
jadi contohilah sy yg rajin ni. haha..
tak baik riak.. tarik balik..

July 28, 2010

Last Breath

From those around,
I hear a cry,
Oh God, Oh God...
My eyes are blind.

From those around,
I hear a cry,
A marble sob
A hopeless sight,
I hear their footsteps leaving slow,
& then I know, 
My SOUL must FLY...

A chilly wind,
Begins to blow,
Within my soul from head to toe,
& then last breath escape my lips,
its time to leave,
& I must go...

So it is true but its to late
They said each soul has its given date
When it must leave its body's core
& meet with the eternal fate

So mark the word that i do say
Who know tomorrow could be your day,
At last its come to heaven and or hell,
Decide which now, do not delay....
Come on my brothers,
lets us pray,
Decide which now, do not delay.

Oh GOD, Oh GOD,
I cannot see,
My eyes are blind,
Am I still me?
Or has my soul,
Been led astry
& force to pay
A priceless fee...

At last to dust,
we all return
Some shall rejoice,
While others burn...
If only I, knew that before,
The line grew short & came my turn....

And now, as beneth the sod
They lay me, with my record flawed...
They cry, not knowing I cried worst...
For they go home,
I face my GOD...

So marks the word that i do say
Who know tomorrow could be ur day,
At last its come to heaven and or hell,
Decide which now, do not delay....
Come on my brothers,
lets us pray,
Decide which now, do not delay...





When will our TURN to face Allah?
Do we have already prepared for that?
Why must we delayed good changes to ourself?
Why must we decide to wear hijab when we are old, married, "bila dpt hidayah, bila sampai seru"???
Hidayah is NOT something that will come by its own, we have to search for it.. 
What if our times have come before we could do anything?
Times up?
Times keeps going on..
And we become older..

July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : 
Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. 
Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)
Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : 
Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : 
“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allahdan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”


oleh itu..marilah bersama bertaubat dan memohon keampunan atas keterlanjuran kita..

July 25, 2010

I Was Like OMG..

*Pika mesti suka post ni..

Skg, ramai sgt orang yg suka tulis like.. OMG..
or cakap.. Oh My God..
Honestly, for me..
IT's ANNOYING!
if u keep repeating saying that even when it is not necessary
lol.. lolx..whatsoever..

padahal takda pe benda pun..
sikit2 Oh My God
so, i guess u are really a strong Believer then?
HAHA..
Why? dont ur GOD have name?
Asma Alhusna.. 99 names of Allah..
knapa tak.. Oh my Rahman, Fattah, apa lg..

and dont know why..
seems something yg appear to be funny, lame, stupid
itulah yg kita akan ikut
Bukan ikut in terms of we really meant it
tapi just buat sebab rasa its funny!
since dgr a girl ni cakap..
"i was like OMG.. OMG.."
in a silly way, overexcited..

OH Junior..

Oh ya. sy dgn bangganya telah bergelar seorang senior..
Tapi sy masih lg berusia 18 tahun okay.. muda lg
Belum genap 19..
Jadi.. tak perlu lah para junior bersusah payah memanggil sy kakak.
cewahh..

bila junior masuk.. 

aktiviti utama mestilah mengusha2..
kalau girls, usha boys..
kalau boys usha girls.. yg HOT. HOT ke??

ye tak.. tak tau la kalau ada yg tbalik..
gay kot..

Hot lah sgt smpai nmpak "itu" masa 1st match netball
kot ye pun nak tampil seksi dn menawan..
tak perlulah pakai seluar tp serupa spt tak pakai seluar..
itu bukan seksi..
itu namanya gewdiks.. 
dn itu bukan dr junior diamond, okay!

apa2 pun..
setakat hari ni, sy cukup kembang hati dgn junior diamond
sebab mereka kelihatan begitu bsemangat dn cute spt seniornya..
maka kamu semualah yg bakal mjadi pngganti kami
sebb kami dah penat..

siap kata tak puas hati lagi sebb kalah netball
padahal kami melihat anda bmain dgn penuh ketakjuban dn kekaguman


senior diamond girls ni semua ayu belaka, paling sopan, paling baik..
bab2 ketereran main sukan mmg kureng sket..
apatah lg bdepan dgn keganasan yg mbuak2 dr pasukan lawan
bukan lah mksdnya anda tak baik..
tapi anda otai la.. ^_^

takpe. kami cukup berbngga dgn prestasi anda..
jgn "hangat2 tahi ayam sudahlah"..
YEAH!!! Go DIAMONDERS!!
gambar nie mcm lencana diamond sbg lambang pnghormatan kpd saya atas prestasi yg mnakjubkan smlm yg disematkn oleh Laila.. haha...
*padahal main tak sampai 5 minit..

July 21, 2010

PS Homo Sapiens

"From a young age, I had been captivated by this wonderful creation of God named homo sapiens.."

Haha.. perlukah "homo sapiens' itu?
Kdengaran agak... 
Homo sapiens.. evolusi?? 

STRESS

Stress, tertekan!!!
Sila hentak kepala begini ya..

HAHAHA.. itu lah org dah kata study awal-awal.. buat preparation..
Adakah sudah terlambat?
There is no failure.. except u have no longer trying..!!
Tapi.. banyak aktiviti house ni memang mcm tut...
nak jumpa junior lah ape.. nak wat meeting..
memang salah aku tak wat lagi PS

tapi di kesempatan yg masih ada ni bagilah peluang aku nak jadi lone ranger
jgn dikacau, dganggu..

kalau korang nak kata aku tak bertanggungjawab sebab exco..
tanggungjawab utama kat sini ialah study, tanggungjawab pd ibu bapa, sponsor doh!

memang salah aku tak study dr awal,. dr semester dulu lagi!
memang....

masa yg ada ini jelah yg aku ada nak perbetulkan.
nak topup semua kekurangan, ke"fail"an yg telah dibuat masa sem dulu
aku dah tak kuasa dan tak berminat langsung psal house..

kalau aku tak lepas fly,apa nak buat?
kalau nak kata "ala.. kitaorg pun nak study jugak
jgn la bagi alasan.."
dah tu.. masing2 punya kesedaran..
masalahnya, aku ni dah teruk sgt tahap kritikal..
rasa mcm nak..nak apa pun tak tahu lah
menyesal memang lah..
aku tau yg aku takkan boleh fly kalau aku tak struggle

ada budak yg tak pegang exco.. relax ja
aku tak nak pun jadi exco
MALAS!
tapi.. tengok tak da org utk exco tu pun..
siapa nak jadi?

tak kisahlah nak cakap apa pun..
AKU NAK STUDY!
RESULT AS nie memang aku tak confident pun.
Dahla aku medic.. boleh fly ke aku ni nanti?


AKU malas!!!! tak nak dah..
BANGSAWAn ke apa2 lah kejadahnya..
gi mati lah..
dgn gembira melampau nya, aku sudi melepaskan jwtn aku yg tak seberapa tu..

aku sedar kemampuan aku..
tak genius mcm yg lain okay
slow...
kalau aku kena repeat.. memang aku tak kan dah amik tau!

mementingkan diri? memang..
sbb tak kan ada org yg nak pentingkn kita.. kalau bukan kita yg jaga dan ambil tahu tentang kepentingan diri..
habis, takkanlah sanggup tak perform study sebb HOUSE?
apa yg house boleh bagi?
famous sebab house menang?
alahhhhai.. berapa lama kefamousan tu?
apa pekdahnya?

pelik kan.. dah diterapkan budaya "mlampaui" kalau bab2 nak menang house
beribu duit habis cmtu ja..
semangt kerjasama, mix dgn people, creative..
memang.. betul.. tak salah
tapi agak2 ar..
aku dah penat lah.. aku nak study je
jgn kacau ah!!!!

nak cakap ini utk kerjasama, all rounder..
jujur ckp lah.. yg bijak pandai..
ada golongan tu...
tak involve langsung pun..
apply oxford..cambridge
memang la aku tak ingin pun ke sana

STUDY lah!!!
Jgn kacau! stay away from me!

July 20, 2010

HAHA.. Tak Jadi!

mcm Erna ckp dlm blog dia..
Boys junior tak jadik duduk kat chalet point 5 ni!!

Bagus.. bagus.. Alhamdulillah..
Kalau tak, memang siksa aku..
Duk dlm bilik, tingkap tak terbuka..

Utk myambut dan meraikan berita gembira bukan kepalang ini..

Maka saya telah membuka tingkap bilik secara berleluasa
(utk photoshoot semata-mata..)

dan selanjutnya mbenarkn udara segar masuk setelah sejak semalam tak bukak tingkap dan langsir semata2 btujuan utk kononnya practise mbiasakan diri nanti kalau ada boys sebelah ni..

Alhamdulillah.. >_<

" KY Pathway Dating"

19 July..
Terpaksa balik semula ke kolej yayasan UEM, Lembah Beringin, Selangor..
Tak pe, tak kisahlah.. demi kolej yg tercinta..

Saya percaya ada mcm2 azam baru di kalangan senior2.. cewah.. aku dah senior..
Yg wajib semua ada ialah..
"Isy.. sem nie aku tak nak dah bazir masa, nak study betul2!!"

dan mestila azam baru yg berkobar2, membara di kalangan junior yg bakal mndaftar masuk esok..
Mesti muka semua fresh, innocent, tak tau ape-ape..
Hakhak.. nantikan dan rasakan lah bagaimana hidup di KY yg sedia menanti anda!!

Malam ini merupakan malam yg sungguh sayu lagi menyedihkan bagi saya..
Orang lain mungkin tak..
Sebab inilah malam terakhir saya boleh bercangkerarama di bawah sinaran bulan purnama..
Esok, junior boys akan menyebok utk dimampatkan dan disumbat ke perkampungan point 5 eh.perkampungan ex point 5..

Ya Allah.. gile tak best!
Korang apa tau??!!
Bukan korang yg duduk kat chalet tepi sempadan negara ni..
Dahlah bilik aku menghadap chalet mereka..
TAK BOLEH bukak tingkap langsung maa..
APA kes? Tau tak, saya tak boleh hidup tanpa tingkap yg boleh dibuka..

Sedangkan kita harus rajin bukak tingkap sebab

1. menggalakkan serta meningkatkan arus alir udara segar ke dalam bilik.
barulah bilik segar, tak hapak, bau terkurung ja

2. membenarkan cahaya matahari terutamanya waktu hari ahad, sabtu time tak de kelas pagi masuk menembusi bilik.
cahaya matahari time nie bagus, ada apa tu.. vitamin D kan???
dan boleh membunuh bakteria2 yg menyebabkan bau..

3. luas dibuka, luas pandangan
kalau asyik terkurung pemandangan dlm bilik je, nanti idea tak berkembang..
bosan tau..

4. dpt merenung bulan, menikmati keindahan ciptaan Tuhan
bila tiba masa yg sesuai, dapat tengok bulan dari tingkap bilik.
wahh..special tau bilik aku..
ditambah dgn pokok yg rendang dan subur tumbuh kat tepi tingkap.
nampak bulan tu di celah2, antara dedaunan pokok..
alam sekitar, ciptaan Tuhan sungguh mengasyikkan..
stress study, ley bukak tingkap..

5. menambah pahala
sebab bila nampak bulan mengambang ke sabit ke.. cantik..
sape ajar tah.. nampak kata, Subhanallah..
hebat kuasa Allah..

SEE.. banyak kekurangan dan kesiksaan yg tpaksa aku tanggung..
Tulah suka berdating tak tentu hala!!
Menyusahkan betullah..
Point 5 kena pindah, kosongkan chalet dieorg, terpaksa berpisah dgn kawan2 dieorg!
(sejak bilakah aku memback up mereka??)

Apa pun..yg berdating ni memang menyusahkan betul..
dahla menyemak tepi jalan..
sorry la kalau salah.. dgrnya.. tak nak bagi org berdating lagi wat camnie.. kan?!

anyway.. org yg suka sgt berdating tepi jalan ni ada kebaikannya..
dan aku pasti sebab inilah mereka mahu terus mengekalkan budaya berdating tanpa mengira apa saja halangan, cabaran, dugaan, onak duri, badai, yg melanda..

Kenapa... KY Pathway Dating?

1. Peneman setia pathway
disebabkan KY ni kadang2 ter"blackout" atau sengaja di"blackoutkan terutamanya di kawasan pathway tempat pendating tegar ni lah lagi la syiok dieorg berdating KOT..
tak nampak.. mana yg legap2 lagi lah tak nampak ye tak.
jadi, mereka inilah yg memberi keyakinan beserta kekuatan utk org2 yg agak2 tak berapa nak berani, dan cuak, berdebar2 kalau jalan sorang atau berdua dlm gelap gulita..

"fuhh..lega.. ada jugak orang2 kat tepi pathway nie
ingat aku sorang ja tadi.. "
barulah dpt melepasi pathway dgn jaya dan yakinnya..
(cerita benar)

2. Mereka adalah pasangan sehati sejiwa yg tak bisa terpisah
Mana mungkin tidur lena , study penuh fokus tanpa menatap bijik mata si dia..
Tu sebab ramai yg dok tepi dating2 tak pun entah tiba2 jalan ulang alik tak tentu hala di pathway
time antara pas Asar ke nak Maghrib or pas Maghrib nk ke Isyak..
nanti bak kata ppatah, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu..

3. Salah satu usaha mengurangkan kos kredit, topup
Nanti kalau tak call malam, susahlah tak dgr suara lunak/ kasar/ garau/ manja/ lembut/ dan apa2 yg sesuai.. tak ley lelap mata
ada banyak story nak share dgn si dia, yelah.. hidup bpasangan mestila kena saling berkongsi..
"sharing is caring" la..
Tapi, kalau tp2 malam asyik call, habislah duit.. mana asyik beli topup di lembah terpencil nih..
So, abeskan semua story, luahan perasaan yg nak diperceritakan kpd si dia masa tepi pathway..
diri lama2 pun takpe.. kita boleh duduk tepi longkang tu, takpun duduk mengadap padang luas nan menghijau rumputnya..
romantik gitu..

4. Senaman yg menyihatkan tanpa perlu rasa lelah
Dgn berulang alik di pathway..kita dapat exercise..
Life kat sini kan busy..alang2 dating, exerise sekali..
Bak kata ppatah, "sambil menyelam minum air.."

Selain itu, dapat membina kekuatan otot kaki, sebab diri lama2..
"aku pergi kelas tapi after dah habis academic hour sebab tertinggal barang.. ada org nga dating..
aku pergi jalan slow ja,penat..
masa pergi, dah sedia ada bdating..
balik tu, dieorg tak habis dating lagi tuh.."
(kisah benar)

5. Memupuk semangat 1 Malaysia
Dalam menuju arus modenisasi, PM Najib tidak pernah alpa dan lalai akan kepentingan perpaduan kaum sbg tonggak keutuhan dan asas kpd kemajuan negara..lalu keluarlah "1 Malaysia"..
HAHAHA..

Pelajar KY yg terkenal dgn kebijaksanaan serta patriotiknya mereka tidak ketinggalan dlm mnjayakan aspirasi 1 Malaysia..lalu, wujud pasangan yg terdiri drpd pelbagai bangsa..

Bagus..
Sekian..laporan terkini diberitakan pd jam 12 malam..